Aja's followers :)

Wednesday, February 8, 2012

Dari kemalangan yang dipermudahkan. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, aku nak update kejap je entri ni sebenarnya. Tak berapa nak sihat sebab demam baru harini dan selesema yang menyesakkan hidung dengan penuhan liquid putih yang sentiasa mengalir deras membasahi bumi. Eyewww. -.-'

Entri ini sebenarnya tentang kemalangan yang menimpa aku. Tetapi aku dapat pengajaran dari sesuatu perkara. Alhamdulillah. Macam ni sebenarnya, accident yang menimpa aku tadi bukanlah apa, cumanya train mengalami kerosakan dekat Rawang-Seremban. Masa tu train dekat Kuang, pencakap dkt KTM cakap delay selama 40 minit. Oh sabar saja! Aku penak gila bawak beg and stock bawal yang ada. Dengan buku LAW and FIN yang tebai mapla. Letih sangat. Hanya Allah yang tahu. Dan kehabisan kredit. Aku dah la mintak tolong kawan aku beli tiket dulu jam 1730. Tapi masa delay tu jam 1700. Tidak sampai dah. Ambik masa 20minit ja dari Sentral ke BTS. Apakan daya, memang nak taknak aku terlepas bas la. Sobs. Aku mintak kawan aku tukarkan tiket, tapi makcik tu tak sure boleh ke dak, so dia maju dulu. Aku masa tu kena call dia la, naik la masuk Sentral beli topup dan air fevret aku semata-mata. Teh Hijau Bunga Jasmine. Emak aku panggil teh hijau tu, TEH KUBUR. Sebab apa kubur? Try lah rasa nanti. Sedap okay. Hilangkan dahaga. Hewhewhew.

Dah topup turun balik dan call kawan aku. Dia gerak dulu. Okay lah takpe. Aku redha. Pasrah. Menyerah. :'( Aku pun naik la train dan masuk koc wanita di koc tengah. Nasib semua perempuan. Tadi untuk pertama kalinya, koc penuh gila gila. Nak nafas pun susah. Nasib aku dan masuk. Tidak jam berapa la sampai Segamat. Kemudiannya, aku pun masuk dan dalam tu, Alhamdullilah. Ada sorang kakak India ni tolong pegang dua beg aku sebab dia duduk masa tu. Thank you sis! Aku terharu jugak la sebab dia x selfish dan kesian dengan aku masa tu. Semoga dia baik-baik saja aku harapkan.

Dah kemudian sampai la BTS, aku maju ke TBS. Go go! Sampai sampai dengan lelahnya aku menuju ke kaunter KKKL dan menanya makcik tu, boleh dak nak naik jam 1830 sebab train rosak. Dan dia cakap cannot lah adik. Aku pujuk lagi. Tak jugak. Dalam hati baca la doa yang mama pernah cakapkan dulu. Kemudian cuba lagi. Alhamdulillah. Boleh dan sukses setelah bos dia tanya aku. Thank you bos! :D

Naik bus dan sampai la Segamat. Dalam bas aku sorang saja budak UiTM. Selalunya drebar takkan singgah UiTM masuk kalau x ramai orang. Tapi tadi aku tanya dia nak hantar dengan caj RM5. Selalu RM2 ja. Yelakan sebab ramai budak, ni dah aku sorang RM5 lah. Nasib lagi. Murah dari nak kena ambik teksi. Dan pabila aku sampai. Aku sedih. Sebab kerja aku hilang. Uwaa~ Kena buat baru. Takpelah, aku buat balik kejap lagi, tetapi masih blur apa patut aku salin semula. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

p/s : Berkat doa dan usaha. Allah sentiasa membantu hambanNya. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Kepada sesiapa yang nak tahu apa doa itu, Aja share di sini ya. Selamat beramal. :')

Rabbi Yassir wa la tu'assir. Rabbi tamim bil khair. 

O Allah, make it easy, and do not make it difficult. O Allah, make it end well.

wassalam (shamr, 2012)

Sunday, February 5, 2012

Cuti dah nak tamat!

Tadi belek belek kalendar, tengok dah nak habis dah cuti. Awat sat sangat? Bila la nak habih belajar kat sana, cek tak sabaq dah nak habih! Aiyokk! Cepatlah March 2013. :(

Friday, January 27, 2012

Vote Annas Easkey for Best Photography Blog!

Assalamualaikum wbt. Just drop by for a while. Eceh. Entri kalini, Aja nak update sekejap pasal entri untuk Annas Easkey! Here we go!


Siapa Annas Easkey? 

(Bagi sesiapa yang tak kenal siapa AE, boleh ke belog beliau di alamat ; )


Belog yang bertemakan photography okay. Sangat awesome hasil kerja dia. Memang cun letop la kan hasil tangan dia edit gambar. Dia masih baru lagi dalam dunia photography ni. Tapi yang aku perasan, bila kita dah minat satu benda tu, pasti mudah kan untuk sukses. Sebab kita mulakan dengan minat dan keikhlasan hati bila buat satu benda tu kan. So, bagi sesiapa yang ada minat untuk sesuatu, buatlah. Supaya anda dapat teruskan cita-cita anda. :')


Macam mana aku boleh kenal Annas Easkey?

Okay. Cerita dia macam ni, ada la semester lepas tak salah aku. Aku penah ja dengar nama dia, tapi tak pernah tengok orang dia. Lepas tu, masa lunch time, aku pun dengan kawan-kawan aku pi la lunch dekat Ila Cafe, dalam UiTM Segamat jugak la cafe tu. Lepas tu tengah suap-suap makan, kawan aku, Syafiq, cakap ; 


"Wey. Tula Annas Easkey yang famous tu. Dia la photographer tu."

Aku pun, agak terkesima sebab memang nak tengok dia la kan depan-depan. Apa lagi jangan dilepaskan peluang jumpa orang yang sukses macam tu. Masa tu dia pakai serba hitam. Okay, stylo ah cara dia. Tapi takkan la aku nak pegi tegur kan. Aku dop biasa dengan senior lelaki, apatah lagi dia budak Degree. Wee~ Tapi lepas tu ada jugak la IM dia, dalam FB. So, stop situ jela sebab sangat teruja pasal dapat jumpa dia. Tapi lepas tu ada jumpa dia, masa tu dia nak bayar yuran pengajian dia kot. Dekat Pejabat Bendahari. And dia senyum la masa nampak aku, tapi dalam hati aku tau dia pun tak kenal aku sebab dalam FB ja kot sekali tu aku IM dia. HAHA! Tapi dia takdelah sombong macam orang cakap dia susah nak senyum kan. So nice of you, senior! :)


Apa kerja dia sekarang?

Dia dah habis dah belajar untuk degree. So akan jadi orang yang sibuk la lepas ni kankan. For sure la makin banyak benda yang dia perlu handle lepas komitmen untuk belajar dah tamat. Dia dulu degree Marketing, tapi aku tak sure dia nak sambung apa lepas ni. Maybe photographer yang berjaya + marketers yang hebat dan sukses? Who knows? Itu semua kerja Allah, ada rezeki dia, ada la nanti tu. Chillax! 

Kenapa la aku buat entri pasal ni?

Sebabnya dia masuk WORLD BLOGGERS and SOCIAL MEDIA AWARDS 2012. So sama-sama la vote untuk dia ya! Aja dah vote, korang? 






Senang je cara dia. Sila patuhi cara ini. 


1. click LINK NI lepas tu signup untuk vote.

2. vote belog Annas Easkey untuk Best Photography Blog (akulelakidialelaki.blogspot.com)



p/s : Siapa nak tahu info lebih lagi pasal contest yang Annas Easkey buat, dan gambar-gambar yang dia dah hasilkan, sila tengok blog dia ya! There you go honey!



thanks for reading, guys. <3

siti hajar aisyah md radzi, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Senjata Kemenangan. Sabar.

"Bila tabah, dugaan pasti berlalu dan diganti dengan anugerah yang tidak disangka-sangka" (Tuan Rashid, 2012)

Assalamualaikum teman-teman. Harini dipanggil untuk menjenguk belog yang dah makin usang ni. HAHA! Entri kali ni pasal sesuatu. Bukan apa, minggu ni sudah banyak perkara yang terjadi, baik di UiTM, di Putrajaya masa Futsal haritu dan di rumah sendiri. Kejadian menyedarkan aku apa itu erti ikhlas dan tabah. Sekarang benda yang makin kita kurang jelas dah semakin jelas. Terima kasih kerana aku belum terlambat untuk sedar. Happy je bunyik kan. 

First sekali, nak mohon maaf di atas kesilapan aku tang mana-mana bagi silap yang lalu. Manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Aku sedar. Dan berkat sabar. Allah tunjukkan aku jalan yang baik untuk aku ikut. Thank you, Allah. Susah nak cakap apa aku rasa sekarang ni. Rasa dunia ini penuh dengan lampu liplap-liplap yang buat aku bahagia. Aku dah nampak semua. Yeayyy! Happynya! Tak terkata. Tapi kena letak side x happy jugak! Now, do my own business. Bawal lagi banyak yang orang order nak dipos. Ohlalala~ Terima kasih jgk di atas pengalaman ini. :') Sangat seronok bila dapat cari duit sengan berkat dan usaha sendiri. Muahaha.

Baru baru ni ada pi Futsal dekat Putrjaya. Yang masuk heboh dalam Kosmo tu. Aku wakil Pagoh dengan team UiTM lah kan. Pi la sana dengan knowledge yang Amir bagitau sikit-sikit tu. Alhamdulillah, okay. Dapat la aku jaringkan satu goal untuk Pagoh masa penalti tu. Kalahkan keeper Tenom, Sabah. Gila hebak keeper tu. Lincah okay! Dengan movement badan dia. Masa masuk goal tu aku loncat macam Mecha dah. HAHA! Excited sat sebab masa tu first goal kan dari Pagoh. Omo. Dan masa tu jugak aku sedar. Kerjasama satu team sangat penting. Masing-masing sokong satu sama lain. Itulah kawan / sahabat perjuangan kan. Setia menyokong dan bantu untuk sama-sama sukses. Yang paling banyak dapat, tak reti main takpe, asalkan yakin dan semangat satu pasukan. Kiteorang kalah tak la teruk, takat 3-0 paling tinggi. Masa tu agak frust la. Mana x nye. semua ahli masing-masing first timer, yang lain main bertahun-tahun. Nama pun peringkat Kebangsaan kan. Iye dak? Haruslah terror! Tapi best la pi Futsal tu. Banyak input yang kami semua dapat selain elaun, jersey dan makanan sedap-sedap. Hehe. Thank you, coach sebab bagi peluang kami timba ilmu dkt sana. Pengalaman terindah takkan pernah kami lupakan. Satu team akan cuba training lagi kedepan ni. InsyaAllah :')


*training yang seakan profesional*

Banyak la pengalaman yang dapat dari satu team ni! Yang paling bernilai. Kasih sayang dan hubungan kami sesama sendiri. Makin rapat dan kamceng. Alhamdulillah. Next event akan ada lagi, tunggu coach panggil. :)

Pasal satu benda lagi yang sabar. Dah lima tahun aku sabar. Dan rasanya dah terjawab segala kesakitan yang aku alami sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Good news la jugak tapi aku tidak perlu happy sangat. Takut yang dirancang akan jadi lain. Benda yang baik biarlah keluarga saja tahu. Aku akan teruskan apa yang aku ada sekarang. Terima kasih semua kerana bagi peluang dekat aku untuk buat semua ni. Sayang semua. Emak abah adik-adik, hearts you all! :D Muahmuah! Terima kasih support kakak, emak, abah. Doakan la semuanya baik-baik saja. Excited sembang dengan abah petang semalam! Hihihi >.< Nak say thank you jugak untuk Amir Hakimi untuk semua ini! Harap kita makin kuat dan tabah untuk hadapi semua ni ye awak! HACKS forever.

Itu dulu untuk entri ni. Kena study ni malam ni test. Doakan aku ya kawan-kawan. 

Assalamualaikum wbt. 

"Bila tabah, dugaan pasti berlalu dan diganti dengan anugerah yang tidak disangka-sangka" (Tuan Rashid, 2012)



Sunday, January 22, 2012

Andai itu harinya.

Andai hari itu harinya. Aku terima.
Andai hari itu jawapannya. Aku redha.
Andai hari itu penantian yang penuh soalan. Aku bahagia.
Andai hari itu hari bahagia aku. Aku bersyukur.
Sesungguhnya jawapan itu akan buat aku bahagia.

p/s : Sabar. Dan teruskan perancangan. Allah tahu apa yang terbaik. Semoga dipermudahkan untuk ke jalan itu. <3

Monday, January 16, 2012

VCO CATALYST!

RM39.90 / 60 SOFTGEL CAPSULES (500mg EACH)


RM39.90 VCO PURE OIL (150ml)

Banyak khasiat minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil. Antaranya ialah ;


1-Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.

2-Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak dan kering.

3-Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.

4-Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolesterol yang tinggi. 

5-Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari. 

6-Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental. 

7-Memperbaiki pencernaan dan penerapan vitamin-vitamin. 

8-Melindungi tubuh daripada kanser. 

9-Menyusutkan jerawat dengan cepat. dan banyak lagi.

untuk lebih info sila tengok website : www.catalyst2u.net

UNTUK PERTANYAAN SILA EMAIL KE - sasha_5848@yahoo.com.my




Sunday, December 25, 2011

Gathering bersama besties!

Assalamualaikum wbt para readers sekalian. Entri kalini aku nak cerita sikit ja la pasal dinner semalam. Lepas ja semua acara habis untuk hari semalam, petang tu, BFF aku call, Una ajak la aku pi makan chicken chop malam tu. Dia kata dia belanja so apa lagi? Diet ka apa ka, sekali sekala aku pun on saja la. Bila lagi nak date dengan dia? Dan aku tetiba teringat. Oih! Geng SPA balik jugak, yang UMT pun balik study leave. Apa lagi? Dengan kudrat yang ada, aku menangkap handphone Sony aku dan mendail nombor Shud.

SHA : Shud, hang katna?
SHUD : Aku kat pasar malam yang oii. Dengan mak abah aku.
SHA : Weyyy! Jom aaaaa jumpa, satgi aku dan Una nak pi TAT kot. Aidys Cafe. Chic Chop katanya Una.
SHUD : Haaa. Satgi 5 minit aku gitau hang lain. Tanya mak aku sat.

Dah habis cakap dengan dia, aku call Umiey pulak.

SHA : Umiey! Katna? Hang free dak la? Kat Penang kan?
UMIEY : Aku kat KB weyyy! Mai dgn kak and mak aku. Awat?
SHA : Haaa. Jom jumpak weyy! Una ajak aku pi TAT!
UMIEY : Buat apa? Pukoi bapa?
SHA : Aha, jam 8.30pm. Dinner kat sana la. Chic Chop.
UMIEY : Okay. Satgi aku sampai.

Macam tu la plan last minit nak jumpa depa ni. Aku dgn Una selalu ja jumpa. Mmg balik wajib jumpa dia punya kat Penang. Depa la susah. Tetambah cik missy kecik tu! :p Busy saja ayat dia.

Okay, dah tu, Shud gerak dulu pi sana. Dia and Krie tunggu aku and Una sampai. Dengan segala kudrat yang ada, aku memimpin Una untuk melintas jalan raya yang sibuk dengan kenderaan lalu lintas. HAHA! -.-' Una, macam hang OKU pulak kan nak kena pimpin. Gegege~ OKU aku kira okay la, Orang Kena Usung okay una? Kan hang diusung aku. Leklek. Dah call Shud, dia pun nampak kami dua. Aku pun berjalan la dengan seluar kombang aku tu. Masuk ja sampai ja teruih peluk si sayang aku tu. Shud makin kecik! Ceh! Tak adil. *Dia memang kecik dari masa sekolah dulu lagi*

Okay fine fine. Aku ja nak gemok kan. Jenoh la. Tunggu si Umiey ni, dia pun sampai. Pergh aku cakap hampa! Hana Tajima teruih Umiey laaaaniii! Comey omeyyy jaaa! Hihi. Dah order semua makanan sampai. Makan makan. Tetiba si Shake kawan aku, PLKN sama jugak mai tegor. Oii Hajar! Okay, aku sombong mula-mula tu. Tetiba Shud kata, weyyy! Tak kenai ka Shake? OMA! Kuruih kuruih. Dia slim teroih! Ergh. Terkesima aku sat.

Dah makan-makan, tiba-tiba dari kejauhan nampak Umar dan sorang lagi Ikhwan. Depa pun dilambai oleh aku dan kawan-kawan yang lain. Mai la dok kat meja semua. Sembang-sembang semua, macam-macam cerita ada. Tapi tula, masih tak lengkap. Masing-masing dah jauh. Yang KMK la, KMPP cuti sat ja. Kalau la aku pi KMPP dulu, sure dah aku lepas mana la ni, silap hb x boleh jumpa depa. Nasib UiTM midterm break 1 week! Teehee~ Syiok syiok!

Sembang macam-macam kenangan, rasa macam rindu ja zaman sekolah. Dengan Cikgu Shukri, Cikgu Aziah, Cikgu Zuraini etc. Oh rindunya. Kalau la ni musim sekolah, aku pi dah sekolah. Tapi tengah cuti. Mana la ada cikgu pun. Boleh tak kalau nak ja tukar zaman Uni ni ke zaman Sekolah balik? Hmmm. Nak ja masuk kelas, study balik. Dulu nak cepat keluar, la nak masuk balik. Koling sunggoh! Sedikit gambar yang ada semalam.

Tadaaa~





p/s : kenangan itu manis kalau kita pandai menghargainya. cheers! -shamr


Saturday, December 24, 2011

apabila wajah menjadi dua.

Fuyooo! Entri tajuk macam ngek je kan! Actually, aku baru create new account google and blogspot. Pheww! So amazing! Blog tu sorang pun tak tahu dan secreto sebentar. Bukan apa, macam nak satu belog yang private dan isi hati lara ni dalam belog tu ja. Hmmm. Disebabkan aku ni bukanlah blogger yang aktif sangat, jadi buat ja la belog baru suka suki pon kan. Kalau yang selalu aktif ni, satu belog pun dah memadai kan kan? Mcm yeen cik tomato yang belog dia merah menyala tu. Kan yeen? :p Kak aja adore gila blog awak! Untung si Sham tu haaa. Dapat si gadis molek macam yeen. Hihi. Yang pasti kalau kenduri korang kat Kedah, Kak Aja pegi. Amboi, tetiba awatnya? Kuikuikui. Apapun, belog ni aku still on cuma tulaaa. Not in mood. Nak update pong malaih ya amat! Tetambah pulak sekalang gua dekat Penang maaa! Baru sampai so mood kampung jela kan? Ada cerita best punyeeee! Next entry, will tell uollls! <3 <3 <3 Pupye!

Wednesday, December 21, 2011

Kadang-Kadang

Salaam. Aku tak nak cakap panjang malam ni. Sebab aku rasa letih, penat, sedih, semuanya bercampur. Bersalah pada semua. Kerana aku tak dapat jadi yang terbaik untuk semua. Useless. Entah kenapa, ada hikmah. Itu sudah pasti. Aku insan yang lemah, banyak masalah. Tapi aku punya prinsip, biarlah orang nampak aku dengan kegembiraan, tetapi dalaman, biarlah Allah saja yang tahu. Hati merintih, jiwa lara. Tetapi aku harus tabah. Masih ingat nasihat Tuan Rashid, "Aja memang punya banyak rintangan hidup, tapi Aja tabah. Kuat. Kalau tabah semuanya banyak yang datang kedepan. Aja boleh berjaya." Jadi, Aja. Hang kena kuat. Tabah! Yes! Aku boleh! Biarlah apapun yang jadi, aku akan buat yang terbaik. Aku anak sulung, aku banyak tanggungjawab. Go Aja go! :D 

p/s : Goodnight. Sleep tight. :)

Saturday, December 3, 2011

Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Illham Ellani Bin Jamal

Assalamualaikum wbt. Entri kalini untuk seorang yang bernama sahabat buat Amir Hakimi dan aku sendiri. Mungkin dia dah tak boleh baca apa yang aku tulis, tapi aku harap dia tau yang kawan-kawan dia, apatah lagi keluarga dia, sangat rasa kehilangan dan sedih atas pemergian Illham Ellani. Masih aku ingat, wajah Lan malam yang aku jumpa dia dulu. Masa tu zaman sekolah lagi. Aku Tingkatan Lima dan mereka pulak tengah belajar dekat Intec untuk persediaan pi sana. Masa tu tengah cuti depa kot, dan depa mai jalan Penang. Yang ada time tu, Amir, Keri, Lan dan sorang lagi, Sadis x salah aku. Malam tu abah ada buat ayam panggang, depa semua suka dan pulon makan. Dan Lan la paling bersemangat suka ayam panggang tu. Pernah dia tanya abah resepi time tu jugak. Rupanya dia memang minat masak. Dan baru-baru ni dia balik cuti Riot kot, atau semester break entah, dia ada cakap dia dkt Shah Alam, nak jumpa abah dan nak makan ayam panggang tu lagi. Tapi masa tu seingat aku, abah tak dak dekat Shah Alam. Outstation. Ada demo ka apa entah. Hmmmm. Dan kelmarin dulu, Amir bagitau aku pasal Lan, terus aku sebak. Ya Allah, Lan. Kesiannya dia. Tak sempat dia nak jumpa abah dan ambik resepi tu. :'( Maaf Lan, Aja ralat sebenarnya. Lan selalu akan sentuh pasal tu kalau chat Aja dulu kan? Seingat Aja last aja contact Lan masa MAHA, time tu Lan banyak nasihatkan Aja, pasal hubungan Aja dan Amir, pasal fitnah yang melanda, pasal diri aja sendiri. Terima kasih Lan. Aja akan sabar dan terus sabar dengan ujian yang bakal mendatang. Mungkin hari ini hari buruk Aja, tapi yang pasti, Aja akan terus ingat kata-kata Lan. Lan, semoga Lan tenang dekat sana. Maafkan aja sebab baru semalam lepas Aja tau Lan dah pergi tinggalkan kiteorang, baru aja approve friend request Lan, sebab fb aja yang baru, untuk sahabat perempuan dan saudara-mara je. Aja dah lama x tau khabar Lan, sebab fb lama aja dah deactivated. Dan tup tup, Amir chat Aja bagitau semua ni. Lan, aja terkejut sampai sekarang. Lan sihat walafiat dan tiba-tiba ja dah tak dak dari keluarga, Amir, kawan-kawan yang lain semua. Pasti kami semua akan ingat dan rindukan Lan. Especially your family members, and geng MTD dulu. Lan, kawan-kawan Lan yang lain akan teruskan perjuangan depa, pasti depa akan selalu ingat Lan. Tetambah yang di Jordan. Yang di Mesir hanya mampu mendoakan Lan dari jauh. Amir x sempat fly ke Jordan nak tengok Lan. Dia sedih, Lan. Tapi life must go on kan? InsyaAllah kami yang ada di sini, akan selalu doakan Lan. May you be blessed.


pesanan buat Amir : Awak, be strong! Sha yakin awak boleh! Macam awak cakap tadi, life have to go on. Sama-sama kita doakan Lan ya. Nanti ziarah pusara dia masa balik Malaysia. Teruskan perjuangan dan banggakan Lan sebab dia x sempat habiskan semuanya. Chaiyok! Aja Aja! :D


p/s : Salam takziah buat keluarga dan sahabat terdekat Allahyarham Mohd Illham Ellani bin Jamal. Semoga roh beliau ditempatkan di tempat orang yang soleh dan beriman. Arwah meninggal disebabkan leukemia, yang baru disedari 6 hari lepas. Arwah merupakan pelajar Perubatan Tahun 3 dekat Jordan University Science & Tech. Semoga arwah tenang di sana. :') Al-Fatihah. 


KEMATIAN BOLEH DATANG BILA-BILA MASA SAHAJA.