Aja's followers :)

Tuesday, April 17, 2012

Sape nak side income lebih klik la sini!!

Hoho. Baru nak signup kan. Good. Belum terlambat lagi bagi siapa siapa yang belum cuba! Jom klinik link ni!

Sape nak side income lebih klik la sini, ChurpChurp akan reward kita sikit la, ikut cara sign up dia okay! Mudah je terus connected dgn FB!

Tuesday, April 10, 2012

RESTOCK PRINTED SQUARE! MAI TENGOK MAI!

Salaam. Harini Aja ada restock plain bawal/printed bawal/2 tone bawal. Sangat comel! Mai tengok mai! Harga yang murah untuk semua.

PLAIN BAWAL : RM9 (SEHELAI)
2 TONE : RM12 (SEHELAI)
PRINTED BAWAL : RM14 (SEHELAI)

Murah bukan? Apa lagi jom tengok dan like page Aja, dekat link bawah ni. JOM! :D


Antara printed bawal/ square scarves yang Aja jual. 





THANK YOU FOR READING! <3

Saturday, March 10, 2012

Well done!

Assalamualaikum wbt. Sangat letih study week kalini. Bukan apa. Letih tidur. -.-' Orang menyibukkan diri study aku tidur. HAHA. Actually, baru harini gagah nak study, past sem sampai lebam la Aja nampak gayanya. Carry mark pun gagah ja. Struggle la final nanti jawabnya. Ohho. Sangat tension. Macam nak menangis ja rasa. Why so tough DIIA? Penat la nak mencari minat nak fahamkan awak sebenarnya. Sangat penat. Dua tahun saya sabar dengan awak. Next semester awak kemain lagi nak banyak subject Finance. Ommo. Hope saya boleh sabar lagi dan terus sabar sampai March 2013 tahun depan okay. Seriously, boleh pengsan macam ni kalau tak lari dari DIIA. =.=' Tapi study mana dop susah, semua susah kan. So, pulon lagi banyak dari la okay? Ada banyak lagi masa Aja and semua yang rasa down sekarang. Go go! Happy kan diri anda okay! Sesiapa baru nak sentuh buku, well done! Aja Aja Fighting.


Salam sayang. -Aja Radzi

Saturday, February 25, 2012

Mai mai kami juai bawal plain/bawal cekak :D

Assalamualaikum. Hi semua! Malam ni macam bosan ja kan, jadi Aja nak tunjuk sikit lah macam mana lagu mana tudung bawal Aja buat tu. Jom.

Antara gambar customer yang dah beli dengan Aja. The rest yang beli masih belum tangkap gambarnya masuk album. Tunggulah nanti! Akan Aja ambik diam-diam. Hehe.


*Ainaa Mohsin memakai BNK black* :)


 *Nora Asyikin my bestie pakai BNK brown, si gojes ni memang dah cantik! Pakai apapun cantik!* :D


*Alia memakai BNK hitam juga, corak dia cantik sgt, comel macam tuan yang pakai* ;) 

Itu jelah yang aku sempat curi gambar depa. BNK baru lagi dalam ni. So, keep supporting BNK ya semua teman. Sayang semua! <3


LAST SEKALI GAMBAR OWNER BNK -.-' Gagah jugak nak masuk sebab dah tauke takkan tak pakai BNK kot. Design semua aku yang melekat terlekat. Harap maklum. Terima kasih semua. Untuk tempahan boleh visit page


atau email Aja sendiri - 

sasha_5848@yahoo.com.my


Take care sayangs. Much love.

Tuesday, February 21, 2012

Bawal Cekak Nur Kasih

Assalamualaikum wahai readers sekalian. Harini Aja nak promote Bawal Nur Kasih, yang sangat gorgeous okay! Harga mengikut jenis batu yang dipilih. Pelbagai design untuk Bawal Nur Kasih. So, apa tunggu lagi? Mari LIKE PAGE Bawal Nur Kasih! There you go, peeps! <3


Contoh BNK yang dah pun dijual ;








Untuk tempahan dan harga boleh menghubungi Aja di talian yang tertera pada page Bawal Nur Kasih. Terima kasih.

Bawal Code :



Thanks for reading! <3

Tuesday, February 14, 2012

Setelah Mengambil VCO! Berat saya turun! Yeayy!

Assalamualaikum wbt. Hai entri kalini nak cerita pasal VCO. VCO sahaja okay! :D Untuk pengetahuan semua, Aja makan VCO ni dah dua bulan. Dah botol kedua la kiranya ni. Sangat menakjubkan! Hehe. Okay. Banyak positive feedback Aja dapat la dari makan VCO ni. Dia sangat best dan sangat menyelerakan sebab dalam kapsul kan. Pernah tgk minyak ikan yang dok jual dalam farmasi tu? Haa. Itulah dia. Cerita pasal VCO ni, Aja beli dekat MiTeK. MiTeK program anjuran Kolej UiTM la untuk seminggu tu. Macam macam la dia jual dekat situ dan Aja terjumpa la VCO dan sekarang ni memang ambik dari dia la kan. So, Aja try beli VCO sebenarnya untuk Amir, dia banyak masalah jerawat dan dekat Mesir cuaca sangat tidak menentu dan muka dia kembali berjerawat. Alang-alang Aja pun try la sekali. Mula-mula tu, was-was jugak. Sebab Aja makan HerbaLife jugak. Tapi mana den nak cop duit beli mahal-mahal macam tu? Setiap kali beli emak abah tabur duit takpa. Tapi dengan VCO sangat puas hati! Berbekalkan wang RM40 untuk sebulan, kesannya amat positif you know! Meh nak cita apa kelebihan yang aja dapat. Chekidout!


1. Masa seminggu sapu, Aja rasa kulit sangat lembut dan best la. Jerawat sekali tu sapu dia dah makin kecut. Pheww. Best. Tapi Aja x punya masalah jerawat pun, saja letak kalau dia naik sebutir dua. 
2. Aja sangat susah nak buang air besar. 3hari sekali rasanya baru boleh buang. Risau. Takut jugak kan. Tapi dah sebulan Aja makan, Aja dapat ke tandas dan buang air besar dengan mudah dan setiap pagi tempat wajib itu Aja akan singgah. HAHA.
3. Aja rasa segar dan tak rasa mudah mengantuk. 
4. Migraine Aja makin kurang dan susah lagi Aja nak kena migraine. Hihi. Alhamdulillah.
5. Berat Aja masa ambik HerbaLife 61kg, makan tu bukan tak turun tapi kena pantang sikit kan. Tapi dengan VCO, Aja x perlu pantang dan berat Aja turun 4kg dengan VCO. Sekarang dah 56kg! Lagi 3kg untuk turun ke berat ideal. Yeayyy! Tq VCO! :D
6. Dari kurang darah, Aja dah boleh derma darah dan sangat amazing bila darah aja sangat banyak dengan catatan 16.3/17.0 Alhamdulillah. 


Itulah kebaikan VCO sepanjang Aja pakai. Dan keburukan dia Aja masih tak nampak. Tapi apa yang kena dekat Aja masa awal pengambilan :


1. Sangat letih masa ambik VCO, rasa nak tidur dan tak bermaya. Sampai Aja menangis mengadu dekat Amir. Kenapa la VCO jadi macam ni. Tapi minggu ke dua, dah tak rasa! Healing proses masa tu mungkin :D
2. Selera makan mula-mula sama saja. Tapi lepas tu perut tak lapar dan sekali Aja makan masa lunch sahaja. Malam kadang-kadang. Sebab VCO macam mengurangkan perasaan mudah lapar. Itu Aja perasan. 
3. Tak semua orang dapat positive feedback dengan cepat. Aja tengok ada saja 3minggu dah. Tapi Aja sebulan baru nampak. Dan VCO sangat ikut hormon orang. Cepat lambat terpulang atas hormon individu tersebut.


VCO more to healthy supplement. Dia bukan untuk kurus and segalanya. Cuma dia meningkatkan metabolik kita so, cergas la sikit Aja rasa sekarang. Tapi kalau Aja ambik Nescafe and banyak buat kerja or fikir. VCO tidak dapat membantu sebab mata Aja akan rasa sangat hendak terpejam dan akhirnya tidur. HAHA. -.-'


Entri ini bukan VCO bayar Aja or apa-apa okay. Ini sebab Aja rasa patut Aja cakap sebab Aja ada promote before ni kan dalam entri :



So, siapa rasa nak cuba VCO boleh tanya Aja macam mana dan Aja akan contact Kak Nurul untuk order VCO korang! Love-Aja

Thanks for reading!


Wednesday, February 8, 2012

Dari kemalangan yang dipermudahkan. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, aku nak update kejap je entri ni sebenarnya. Tak berapa nak sihat sebab demam baru harini dan selesema yang menyesakkan hidung dengan penuhan liquid putih yang sentiasa mengalir deras membasahi bumi. Eyewww. -.-'

Entri ini sebenarnya tentang kemalangan yang menimpa aku. Tetapi aku dapat pengajaran dari sesuatu perkara. Alhamdulillah. Macam ni sebenarnya, accident yang menimpa aku tadi bukanlah apa, cumanya train mengalami kerosakan dekat Rawang-Seremban. Masa tu train dekat Kuang, pencakap dkt KTM cakap delay selama 40 minit. Oh sabar saja! Aku penak gila bawak beg and stock bawal yang ada. Dengan buku LAW and FIN yang tebai mapla. Letih sangat. Hanya Allah yang tahu. Dan kehabisan kredit. Aku dah la mintak tolong kawan aku beli tiket dulu jam 1730. Tapi masa delay tu jam 1700. Tidak sampai dah. Ambik masa 20minit ja dari Sentral ke BTS. Apakan daya, memang nak taknak aku terlepas bas la. Sobs. Aku mintak kawan aku tukarkan tiket, tapi makcik tu tak sure boleh ke dak, so dia maju dulu. Aku masa tu kena call dia la, naik la masuk Sentral beli topup dan air fevret aku semata-mata. Teh Hijau Bunga Jasmine. Emak aku panggil teh hijau tu, TEH KUBUR. Sebab apa kubur? Try lah rasa nanti. Sedap okay. Hilangkan dahaga. Hewhewhew.

Dah topup turun balik dan call kawan aku. Dia gerak dulu. Okay lah takpe. Aku redha. Pasrah. Menyerah. :'( Aku pun naik la train dan masuk koc wanita di koc tengah. Nasib semua perempuan. Tadi untuk pertama kalinya, koc penuh gila gila. Nak nafas pun susah. Nasib aku dan masuk. Tidak jam berapa la sampai Segamat. Kemudiannya, aku pun masuk dan dalam tu, Alhamdullilah. Ada sorang kakak India ni tolong pegang dua beg aku sebab dia duduk masa tu. Thank you sis! Aku terharu jugak la sebab dia x selfish dan kesian dengan aku masa tu. Semoga dia baik-baik saja aku harapkan.

Dah kemudian sampai la BTS, aku maju ke TBS. Go go! Sampai sampai dengan lelahnya aku menuju ke kaunter KKKL dan menanya makcik tu, boleh dak nak naik jam 1830 sebab train rosak. Dan dia cakap cannot lah adik. Aku pujuk lagi. Tak jugak. Dalam hati baca la doa yang mama pernah cakapkan dulu. Kemudian cuba lagi. Alhamdulillah. Boleh dan sukses setelah bos dia tanya aku. Thank you bos! :D

Naik bus dan sampai la Segamat. Dalam bas aku sorang saja budak UiTM. Selalunya drebar takkan singgah UiTM masuk kalau x ramai orang. Tapi tadi aku tanya dia nak hantar dengan caj RM5. Selalu RM2 ja. Yelakan sebab ramai budak, ni dah aku sorang RM5 lah. Nasib lagi. Murah dari nak kena ambik teksi. Dan pabila aku sampai. Aku sedih. Sebab kerja aku hilang. Uwaa~ Kena buat baru. Takpelah, aku buat balik kejap lagi, tetapi masih blur apa patut aku salin semula. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

p/s : Berkat doa dan usaha. Allah sentiasa membantu hambanNya. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Kepada sesiapa yang nak tahu apa doa itu, Aja share di sini ya. Selamat beramal. :')

Rabbi Yassir wa la tu'assir. Rabbi tamim bil khair. 

O Allah, make it easy, and do not make it difficult. O Allah, make it end well.

wassalam (shamr, 2012)

Sunday, February 5, 2012

Cuti dah nak tamat!

Tadi belek belek kalendar, tengok dah nak habis dah cuti. Awat sat sangat? Bila la nak habih belajar kat sana, cek tak sabaq dah nak habih! Aiyokk! Cepatlah March 2013. :(

Friday, January 27, 2012

Vote Annas Easkey for Best Photography Blog!

Assalamualaikum wbt. Just drop by for a while. Eceh. Entri kalini, Aja nak update sekejap pasal entri untuk Annas Easkey! Here we go!


Siapa Annas Easkey? 

(Bagi sesiapa yang tak kenal siapa AE, boleh ke belog beliau di alamat ; )


Belog yang bertemakan photography okay. Sangat awesome hasil kerja dia. Memang cun letop la kan hasil tangan dia edit gambar. Dia masih baru lagi dalam dunia photography ni. Tapi yang aku perasan, bila kita dah minat satu benda tu, pasti mudah kan untuk sukses. Sebab kita mulakan dengan minat dan keikhlasan hati bila buat satu benda tu kan. So, bagi sesiapa yang ada minat untuk sesuatu, buatlah. Supaya anda dapat teruskan cita-cita anda. :')


Macam mana aku boleh kenal Annas Easkey?

Okay. Cerita dia macam ni, ada la semester lepas tak salah aku. Aku penah ja dengar nama dia, tapi tak pernah tengok orang dia. Lepas tu, masa lunch time, aku pun dengan kawan-kawan aku pi la lunch dekat Ila Cafe, dalam UiTM Segamat jugak la cafe tu. Lepas tu tengah suap-suap makan, kawan aku, Syafiq, cakap ; 


"Wey. Tula Annas Easkey yang famous tu. Dia la photographer tu."

Aku pun, agak terkesima sebab memang nak tengok dia la kan depan-depan. Apa lagi jangan dilepaskan peluang jumpa orang yang sukses macam tu. Masa tu dia pakai serba hitam. Okay, stylo ah cara dia. Tapi takkan la aku nak pegi tegur kan. Aku dop biasa dengan senior lelaki, apatah lagi dia budak Degree. Wee~ Tapi lepas tu ada jugak la IM dia, dalam FB. So, stop situ jela sebab sangat teruja pasal dapat jumpa dia. Tapi lepas tu ada jumpa dia, masa tu dia nak bayar yuran pengajian dia kot. Dekat Pejabat Bendahari. And dia senyum la masa nampak aku, tapi dalam hati aku tau dia pun tak kenal aku sebab dalam FB ja kot sekali tu aku IM dia. HAHA! Tapi dia takdelah sombong macam orang cakap dia susah nak senyum kan. So nice of you, senior! :)


Apa kerja dia sekarang?

Dia dah habis dah belajar untuk degree. So akan jadi orang yang sibuk la lepas ni kankan. For sure la makin banyak benda yang dia perlu handle lepas komitmen untuk belajar dah tamat. Dia dulu degree Marketing, tapi aku tak sure dia nak sambung apa lepas ni. Maybe photographer yang berjaya + marketers yang hebat dan sukses? Who knows? Itu semua kerja Allah, ada rezeki dia, ada la nanti tu. Chillax! 

Kenapa la aku buat entri pasal ni?

Sebabnya dia masuk WORLD BLOGGERS and SOCIAL MEDIA AWARDS 2012. So sama-sama la vote untuk dia ya! Aja dah vote, korang? 






Senang je cara dia. Sila patuhi cara ini. 


1. click LINK NI lepas tu signup untuk vote.

2. vote belog Annas Easkey untuk Best Photography Blog (akulelakidialelaki.blogspot.com)



p/s : Siapa nak tahu info lebih lagi pasal contest yang Annas Easkey buat, dan gambar-gambar yang dia dah hasilkan, sila tengok blog dia ya! There you go honey!



thanks for reading, guys. <3

siti hajar aisyah md radzi, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Senjata Kemenangan. Sabar.

"Bila tabah, dugaan pasti berlalu dan diganti dengan anugerah yang tidak disangka-sangka" (Tuan Rashid, 2012)

Assalamualaikum teman-teman. Harini dipanggil untuk menjenguk belog yang dah makin usang ni. HAHA! Entri kali ni pasal sesuatu. Bukan apa, minggu ni sudah banyak perkara yang terjadi, baik di UiTM, di Putrajaya masa Futsal haritu dan di rumah sendiri. Kejadian menyedarkan aku apa itu erti ikhlas dan tabah. Sekarang benda yang makin kita kurang jelas dah semakin jelas. Terima kasih kerana aku belum terlambat untuk sedar. Happy je bunyik kan. 

First sekali, nak mohon maaf di atas kesilapan aku tang mana-mana bagi silap yang lalu. Manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Aku sedar. Dan berkat sabar. Allah tunjukkan aku jalan yang baik untuk aku ikut. Thank you, Allah. Susah nak cakap apa aku rasa sekarang ni. Rasa dunia ini penuh dengan lampu liplap-liplap yang buat aku bahagia. Aku dah nampak semua. Yeayyy! Happynya! Tak terkata. Tapi kena letak side x happy jugak! Now, do my own business. Bawal lagi banyak yang orang order nak dipos. Ohlalala~ Terima kasih jgk di atas pengalaman ini. :') Sangat seronok bila dapat cari duit sengan berkat dan usaha sendiri. Muahaha.

Baru baru ni ada pi Futsal dekat Putrjaya. Yang masuk heboh dalam Kosmo tu. Aku wakil Pagoh dengan team UiTM lah kan. Pi la sana dengan knowledge yang Amir bagitau sikit-sikit tu. Alhamdulillah, okay. Dapat la aku jaringkan satu goal untuk Pagoh masa penalti tu. Kalahkan keeper Tenom, Sabah. Gila hebak keeper tu. Lincah okay! Dengan movement badan dia. Masa masuk goal tu aku loncat macam Mecha dah. HAHA! Excited sat sebab masa tu first goal kan dari Pagoh. Omo. Dan masa tu jugak aku sedar. Kerjasama satu team sangat penting. Masing-masing sokong satu sama lain. Itulah kawan / sahabat perjuangan kan. Setia menyokong dan bantu untuk sama-sama sukses. Yang paling banyak dapat, tak reti main takpe, asalkan yakin dan semangat satu pasukan. Kiteorang kalah tak la teruk, takat 3-0 paling tinggi. Masa tu agak frust la. Mana x nye. semua ahli masing-masing first timer, yang lain main bertahun-tahun. Nama pun peringkat Kebangsaan kan. Iye dak? Haruslah terror! Tapi best la pi Futsal tu. Banyak input yang kami semua dapat selain elaun, jersey dan makanan sedap-sedap. Hehe. Thank you, coach sebab bagi peluang kami timba ilmu dkt sana. Pengalaman terindah takkan pernah kami lupakan. Satu team akan cuba training lagi kedepan ni. InsyaAllah :')


*training yang seakan profesional*

Banyak la pengalaman yang dapat dari satu team ni! Yang paling bernilai. Kasih sayang dan hubungan kami sesama sendiri. Makin rapat dan kamceng. Alhamdulillah. Next event akan ada lagi, tunggu coach panggil. :)

Pasal satu benda lagi yang sabar. Dah lima tahun aku sabar. Dan rasanya dah terjawab segala kesakitan yang aku alami sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Good news la jugak tapi aku tidak perlu happy sangat. Takut yang dirancang akan jadi lain. Benda yang baik biarlah keluarga saja tahu. Aku akan teruskan apa yang aku ada sekarang. Terima kasih semua kerana bagi peluang dekat aku untuk buat semua ni. Sayang semua. Emak abah adik-adik, hearts you all! :D Muahmuah! Terima kasih support kakak, emak, abah. Doakan la semuanya baik-baik saja. Excited sembang dengan abah petang semalam! Hihihi >.< Nak say thank you jugak untuk Amir Hakimi untuk semua ini! Harap kita makin kuat dan tabah untuk hadapi semua ni ye awak! HACKS forever.

Itu dulu untuk entri ni. Kena study ni malam ni test. Doakan aku ya kawan-kawan. 

Assalamualaikum wbt. 

"Bila tabah, dugaan pasti berlalu dan diganti dengan anugerah yang tidak disangka-sangka" (Tuan Rashid, 2012)