Aja's followers :)

Sunday, April 17, 2011

Perkahwinan ketika Belajar. :)

Bila diajukan soalan, “kahwin semasa belajar..apa pendapat awak?”, macam-macam jawapan dan respon yang diberikan.

Ramai yang BERSETUJU...
“Sebab dia macam mendorong..macam kalau kita nak study kan, ada suami di sisi untuk teman..”

“Saya pernah dengar cikgu saya oyak, kebanyakan student yang kahwin masa blaja ni, dia punya akademik cemerlang.. Sebabnya, dia tak perlu nak fikir pasal couple ni kan.. Kalau baloh gak, habislah plajaran dia.. Kalau dah kahwin ni, dia hanya perlu fokus pada suami dia dengan pelajaran dia.. Kalau macam baloh ni, dia pandailah nak selesaikan..”

“Bila isteri berbakti kepada suami dia, banyak dah pahala dia kat situ..boleh jadi satu keberkatan untuk isteri..dan begitulah sebaliknya..”

“Dah tak perlu gayut-gayut..”

“Boleh elak masalah hati..”

“Orang yang kahwin ni secara automatik dia pandai menguruskan masa..”

Namun begitu, tak kurang juga yang TIDAK BERSUTUJU...

“Perlu tanggung risiko..ada anak.. Memang boleh makan pil perancang, tapi benda tu boleh menjejaskan kesihatan..”

“Masalah kewangan..habis duit..”

“Takut kita tak boleh nak bahagi masa..antara belajar dengan keluarga..”

Erm, masing-masing dengan hujah dan pendapat masing-masing.. SETUJU sebab boleh fokus pada study, boleh berbakti pada pasangan tercinta, boleh elak masalah hati, boleh secara automatiknya pandai mengurus masa dengan baik dan macam-macam kebolehan lagilah yang boleh dapat bila dah kahwin ni..

TAK SETUJU pulak sebab takut tanggung risiko, takut dapat anak masa belajar, takut ada masalah kewangan, takut tak boleh nak bahagi masa antara keluarga dengan pelajaran dan macam-macam ketakutan lagi lah..

Ha, sekarang, jom kita tinjau testimoni daripada mereka yang dah pun berkahwin dan masih bergelar pelajar.. Apa perasaan mereka setelah berkahwin..?

Kata seorang kawan sekuliah saya yang sedang mengandungkan anak pertamanya:

“Kahwin semasa belajar ni lagi bertambah tanggungjawab..tapi hidup lagisecure sebab kita ada fokus yang lebih terang. Senang nak berbincang jika ada masalah dalam diri sebab boleh kongsi dengan suami. Hidup rasa diberkati kerana didoakan oleh suami. Pelajaran insyaAllah boleh bagi sebaik perhatian sebab ada supporter yang terbaik di belakang..”

Bila ditanyakan kepada kakak saya yang merupakan pelajar tahun 3 kuliah perubatan dan sudah pun dikurniakan 2 orang anak, jawab beliau:

“Baguslah kahwin masa belajar.. Sebab boleh jaga diri dan hati daripada maksiat, jadikan diri kita lebih matang berfikir dan berdisiplin terutamanya tentang pengurusan masa dan kewangan. Gembira dapat pasangan dan anak awal, maksudnya, keluarga dah establish awal-awal. Cumanya, pengorbanan dan kesabaran perlu tinggi..”


Baiklah, pelbagai pendapat telah pun diberikan, pelbagai respon telah pun disajikan dan pelbagai testimoni telah pun disertakan.

Sahabat-sahabat pembaca sekalian, sebenarnya, sama ada berkahwin semasa belajar mahupun selepas belajar, ianya bergantung kepada diri individu masing-masing. Hal ini kerana setiap individu itu mempunyai kecenderungan dan kondisi yang berbeza. Oleh sebab itulah, dalam Islam, telah digariskan beberapa hukum bernikah/ berkahwin; yang mana boleh jatuh wajib, sunat, makruh mahupun haram.

Konklusinya, pilihan berada di tangan anda. Teguhkanlah pilihan anda dengan istikharah dan istisyarah. Andainya anda sudah merasakan diri anda berkemampuan lahir dan batin, andainya anda sudah bersedia, ya,tafaddhal..silakan.. Segerakanlah niat suci itu kerana itulah yang terbaik buat anda..insyaAllah..^_^

“..dan antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia jadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yg demikian itu terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi kaum yg berfikir."

(Ar-Rum:21)

p/s from me ; saja berkongsi artikel yang dibaca. so, apa pendapat korang? :) Aja pulak rasa setuju sangat! tapi sekarang penghalangnya, ibu bapa kita, so, bagi sesiapa yang nak berkahwin, mohonlah restu mereka, kalau tidak ada restu, maka x berbaloilah hubungan kasih yang hampa bina. INGAT! RESTU itu penting dan akan membahagiakan hampa masa bila hampa dah berkahwin. sekian, wassalam. :)

7 comments:

AliaJustea said...

aja kawin jemput kita taw !

~THE ONE WHO LOVES ME FOR WHO I AM~ :) said...

alia, pasti! kamu jgn x dtg tau sygg. <3

taufiq said...

setuju dngan pndangan penulis.brgntung setiap individu.manusia trdapat pelbagai sifat dan ragam.tepuk dada,tnya iman.:)
klw diri bleh handle,pasangan pn bleh handle.dapat restu ibu bapa.truskan.bnda halal buat apa ditngguhkan drpada brbuat maksiat.

Anonymous said...

taufiq : terima kasih di atas pendapat, aja rasa begitu juga. :) buat apa dtgguh? tp kalau tanpa restu, sebolehnya jangan lah meneruskan tetapi cuba mencari restu itu sampai dapat. kan? :)kalau x restu, alangkah sedihnya. :( semoga benda yang baik, dipermudahkan. aminnn...

hmznshkl said...

aja,macam tmbah kuatkan hati senang nak kwin awal ni tauu.. :D good writing n i love the topic very much :)

~THE ONE WHO LOVES ME FOR WHO I AM~ :) said...

mijan n seha : idk siapa yg htr nih. hehe, anywayss. :) ty tau korang! aja mcm boleh agak je apa kejutan korang. hehe. ;) x apa la, sama2 kita doakan semuanya mudah. aminnnn. (:

josrevalution said...

salam..pdpt sa pk... kwin msa mda@ bljar ne ad baik jg.. dn plg baik adlh lpas blajr bru kwin..hehe... i folo u folo me back yer..hehe..
cara buat Auto like status facebook members