Aja's followers :)

Tuesday, February 14, 2012

Setelah Mengambil VCO! Berat saya turun! Yeayy!

Assalamualaikum wbt. Hai entri kalini nak cerita pasal VCO. VCO sahaja okay! :D Untuk pengetahuan semua, Aja makan VCO ni dah dua bulan. Dah botol kedua la kiranya ni. Sangat menakjubkan! Hehe. Okay. Banyak positive feedback Aja dapat la dari makan VCO ni. Dia sangat best dan sangat menyelerakan sebab dalam kapsul kan. Pernah tgk minyak ikan yang dok jual dalam farmasi tu? Haa. Itulah dia. Cerita pasal VCO ni, Aja beli dekat MiTeK. MiTeK program anjuran Kolej UiTM la untuk seminggu tu. Macam macam la dia jual dekat situ dan Aja terjumpa la VCO dan sekarang ni memang ambik dari dia la kan. So, Aja try beli VCO sebenarnya untuk Amir, dia banyak masalah jerawat dan dekat Mesir cuaca sangat tidak menentu dan muka dia kembali berjerawat. Alang-alang Aja pun try la sekali. Mula-mula tu, was-was jugak. Sebab Aja makan HerbaLife jugak. Tapi mana den nak cop duit beli mahal-mahal macam tu? Setiap kali beli emak abah tabur duit takpa. Tapi dengan VCO sangat puas hati! Berbekalkan wang RM40 untuk sebulan, kesannya amat positif you know! Meh nak cita apa kelebihan yang aja dapat. Chekidout!


1. Masa seminggu sapu, Aja rasa kulit sangat lembut dan best la. Jerawat sekali tu sapu dia dah makin kecut. Pheww. Best. Tapi Aja x punya masalah jerawat pun, saja letak kalau dia naik sebutir dua. 
2. Aja sangat susah nak buang air besar. 3hari sekali rasanya baru boleh buang. Risau. Takut jugak kan. Tapi dah sebulan Aja makan, Aja dapat ke tandas dan buang air besar dengan mudah dan setiap pagi tempat wajib itu Aja akan singgah. HAHA.
3. Aja rasa segar dan tak rasa mudah mengantuk. 
4. Migraine Aja makin kurang dan susah lagi Aja nak kena migraine. Hihi. Alhamdulillah.
5. Berat Aja masa ambik HerbaLife 61kg, makan tu bukan tak turun tapi kena pantang sikit kan. Tapi dengan VCO, Aja x perlu pantang dan berat Aja turun 4kg dengan VCO. Sekarang dah 56kg! Lagi 3kg untuk turun ke berat ideal. Yeayyy! Tq VCO! :D
6. Dari kurang darah, Aja dah boleh derma darah dan sangat amazing bila darah aja sangat banyak dengan catatan 16.3/17.0 Alhamdulillah. 


Itulah kebaikan VCO sepanjang Aja pakai. Dan keburukan dia Aja masih tak nampak. Tapi apa yang kena dekat Aja masa awal pengambilan :


1. Sangat letih masa ambik VCO, rasa nak tidur dan tak bermaya. Sampai Aja menangis mengadu dekat Amir. Kenapa la VCO jadi macam ni. Tapi minggu ke dua, dah tak rasa! Healing proses masa tu mungkin :D
2. Selera makan mula-mula sama saja. Tapi lepas tu perut tak lapar dan sekali Aja makan masa lunch sahaja. Malam kadang-kadang. Sebab VCO macam mengurangkan perasaan mudah lapar. Itu Aja perasan. 
3. Tak semua orang dapat positive feedback dengan cepat. Aja tengok ada saja 3minggu dah. Tapi Aja sebulan baru nampak. Dan VCO sangat ikut hormon orang. Cepat lambat terpulang atas hormon individu tersebut.


VCO more to healthy supplement. Dia bukan untuk kurus and segalanya. Cuma dia meningkatkan metabolik kita so, cergas la sikit Aja rasa sekarang. Tapi kalau Aja ambik Nescafe and banyak buat kerja or fikir. VCO tidak dapat membantu sebab mata Aja akan rasa sangat hendak terpejam dan akhirnya tidur. HAHA. -.-'


Entri ini bukan VCO bayar Aja or apa-apa okay. Ini sebab Aja rasa patut Aja cakap sebab Aja ada promote before ni kan dalam entri :



So, siapa rasa nak cuba VCO boleh tanya Aja macam mana dan Aja akan contact Kak Nurul untuk order VCO korang! Love-Aja

Thanks for reading!


No comments: