Aja's followers :)

Tuesday, December 14, 2010

mak, mama, umi dan ibu. :)

okay, semua keempat-empat ni, panggilan kita untuk org yang telah melahirkan kita, kankan?
ataupun panggilan untuk orang yang rapat dgn kita, dan kita anggap dia macam ibu kita jugak kan? :) namun bagaimanapun, tidak semua dapat mempunyai kesemua nya kan? mak, mama, umi dan ibu. :) tapi, bagi aku pulak, aku mempunyai kesemuanya kecuali ibu. :) ibu belum lagi. :) entah lah siapa yang akan jadi ibu aku nanti, :P haha. berserah. :) Allah dah tentukan samada mak, mama, umi or ibu yang akan dapat nanti, (:

baiklah, aku nak cerita sedikit sebanyak tentang orang yang aku sayang, (:


EMAK.

okay, pasal emak dulu. aku sayang emak sangat-sangat. sangat dan teramat sangat. (: mak dah lahirkan aku dengan susah payahnya, dah la aku kuning teruk dulu, sampai kena tukar darah. kesian mak dan abah, ): mesti kabut time tu, dgn aku anak yang sulung, mak n abah cakap, kalau aku x tukar darah, doc cakap takut terencat akal nanti, so, nasib aku tukar darah, tidak, aku x macam aku la sekarang, :P sob.. sob.. >.< okay, ni mak aku, Tee hEe~ ;)

* emak saya cantik! >.<

okay, mak aku cantik kan? (: aku ja x cantik, :'( sob..sob.. *.*


nama diberi Anisah bt Haji Aziz. dilahirkan pada 22 November pada tahun shhhhhh, tapi nampak muda lagi kan? ;) membesar di Guar Chempedak, Gurun, Kedah. agak garang orangnya. cubitan ketam yang paling aku x boleh lupakan. sakit sangat-sangat, sampai lebam. :P hee~mak seorang yang sensitif lagi comel, bila merajuk, aku x tau la kan. tinggalnya aku macam tu ja, tapi lama-lama okay lah. cuma kadang-kadang aku ada tegur mak sikit-sikit, dan abah pun, macam kawan-kawan dgn mak aku, yela kan, yang salah ditegur, :)  bila merajuk nanti mak okay sendiri, abah dia cool sikit, sebab abah kan lelaki, aku tegur abah, dan abah akan pertahankan diri dia sikit, then semua okay, tapi mak lain sikit. perangai aku macam mak sikit kadang-kadang. hehe, ;) kan abah kan? :P apapun, mak yang terbaik ohh. aku balik rumah sebenarnya angin segan ada, serious, aku x rajin lah. segan sangat. bukan tahap x buat kerja langsung, cuma aku kena disuruh dan ada mood. bila aku malas, takkan jadi kerja tu, entahlah kenapa, :( maybe tunngu nak kahwin kot baru rajin macam mak? :( cuma, kalau aku ada mood, boleh aku buat, cuma aku x dak mood. tetambah bila balik rumah cuti semester, goyang kaki. :P ooopss.. tolong jugak okay.. cuma tak sgt.. yg dapur aku okay lah, mengemas tolong lah jgn bagi, nanti x kan kemas macam mak buat. :( aku lemah bahagian ngemas, membasuh aku suka, eee.. aku nak rajin jugak lah mcm org lain.. tapi kalau pi umah mak long, kenapa angin aku rajin gila? kemas-kemas kot. macam-macam aku buat, dari kat rumah. kenapa? :( aduhai. adakah keadaan mempengaruhi aku? o mungkin aku kena berseorangan bila aku buat sesuatu? :( mak.. mak rajin kan? sangat! kenapa kakak x ikut cara mak? mak. nak rajin jugak. :( kalau kahwin nanti kakak mesti kena berubah kan? asyik goyang kaki ja mcm mana? :( nak rajin mcm mak jugakkk! mak, mak yang terbaik. garang mak sebab sayang, cubit ketam mak sebab geram, tapi tu yang buat kami semua ingat. tapi kadang-kadang kami ulang nakal jugak kan? :P hehehe. tapi kakak janji, bila dah keja semua, kakak akan jaga mak, bagi semua apa yang kakak ada, bagi semua yang terbaik, merasakan apa yang kakak ada. iye mak ye? :)


p/s : i love you, emak. sangat! dan maaf sebab kakak anak yang paling segan sekali. :( kakak nak berubah, tapi pelan-pelan. :( yang dah baca kan, sebenarnya saya x suka hipokrit ni, mengaku diri ni rajin or apa-apa. saya memang pemalas dan rugi siapa dapat saya nanti. semua ada sikap masing-masing dan akan ada perubahan nanti, macam mak saya. banyak perubahan dia bila kahwin dgn abah, tetambah bab memasak. insyaallah, saya akan berubah nanti. (: cuma take time. tapi, betul, saya x rajin. :P


MAMA.


okay. mama pulak. mama asalnya dulu aku panggil aunty. then sekarang dah mama, walaupun baru kenal, tapi aku dah terasa macam dah lama kenal mama. macam ada kimia di antara kami, bukan saja antara kami, malah antara family. (: okay-okay? nak tgk mama tak? :) ini dia mama saya, :)

* haa, ini mama saya. (: cantik jugak kan? (:


ok, nama diberi Nurhayati Zainal Abidin, dilahirkan pada 20 disember pada tahun dirahsiakan. (: hehe,  sangat cantik orangnya, geng emak jugak, awet muda. (: hee~aku je awet tua, :P bekerja sebagai pensyarah di UM, mama sangat caring orangnya. baik. tapi tegas. walaupun baru kenal, tapi aku dah nampak ketegasan mama. time tu nak beli cardigan, :) mama ada cakap something yang aku nampak ketegasan mama di situ, tegas tapi baik. jgn risau. (: sayang mama jugak! 


p/s : mama, walaupun baru kenal, aja dah rasakan macam dah lama kenal mama, entah kenapa ya? (: abah n mak pun cakap macam tu, (: ada kimia di antara kita mungkin ya? (: mama, aja x sempurna ya, aja x kan pernah sempurna. aja takut sangat bila orang ingat aja macam tahu sesuatu benda. sikit-sikit aja tahu lah. aja budak baru belajar. :) mama tolong ajarkan jugak ye? :) love youu.. :)


UMI.


umi pulak, aku kenal semuanya apabila berita tentang kematian budak UM dihebohkan. sebelum tu, sedekahkan al-fatihah untuk arwah. Al-Fatihah. okay, sambung. time tu, aku kenal melalui kawan aku, byah. byah aku kenal semuanya dari blog, (: dan semua ini buat kami kenal secara berperingkat. aku rasa x penting semua tu, yang penting cerita pasal umi. okay, nak tengok umi takk? :) inilah orangnya, (:

* cantik kan? (: sama jugak macam mak dan mama. (:


nama diberi azizah. dilahirkan pada 30 julai pada tahun dirahsiakan jugak. muda lagi lah, tgk pun tau muda lagi kan? awet muda jugak macam mak dan mama, hee~ (: umi baik orangnye, manis je. suka tgk umi, hari tu, masa pertama kali aku jumpak umi, aku tenung umi dari tepi, nampak erti nilai keibuan, aku tengok air muka umi, terasa sayu je, macam tengok arwah. tapi, aku x kan menangis sebab aku x nak hari pertama aku jumpa umi, aku menangis. aku tahu umi masih rindukan arwah. aku yang tidak sempat mengenali arwah, aku pun terasa rindukan dia. walaupun x kenal. umi, aja tahu umi kuat! sangat! umi kuat, kalau tidak umi dah menangis time di cafe hari tu, umi. umi jangan sedih-sedih ye? aja dan mama sentiasa di belakang umi, insyaallah nanti, umi akan kenal dengan mak dan abah aja pulak, (: apapun, aja syg umi. (: kuat! dan x pernah mengalah! :D 


p/s : aja tau umi kuat, umi kuat! :D aja yakin dengan umi, arwah azmi akan bahagia kalau tengok umi gembira di sini, apapun berlaku, ada hikmahnya. (: love you sangat, umi! >.<


IBU.


Belum pasti. Harap maaf. (:





2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih ajar untuk post ni....
nice blog....

sitihajaraisyahmdradzi said...

:) sama-sama kaish umi. :)
thanks 4 reading, umi. :)