Aja's followers :)

Monday, December 27, 2010

masih adakah hari untuk saya mengubahnya??

kadang-kadang aku terdetik,
masih adakah hari lain bagiku untuk mengubahnya?
mengubah semuanya, tentang sikap aku, diri aku, hati aku, semuanya yang Allah bagi dekat aku?
betapa untungnya aku dapat semua itu.
tapi, sekarang. dunia dah berubah, 
semuanya dikelilingi kegelapan yang penuh dengan kemaksiatan.
Masya-Allah. aku inginkan perubahan yang lebih baik.
kenapa malam ini aku terus menangis?
aku sedih. sebab aku rasa aku dah jauh dari pencipta dunia ini.
Ya Allah, masih adakah masa untukku?
aku mahukan pembaharuan diri yang baru.
semua orang nakkan perubahan,
tapi bila nak berbuat baik, ada saja syaitan yang menghasut.
bila buat jahat, lagi syaitan asak-asak suruh buat.
sungguh! aku nak berubah. cukuplah dengan dunia sekarang.
sampai bila aku nak macam ni?
dengan media-massa yang penuh dengan -ve nya kadang-kadang.
internet yang lagi luas kita mudah terleka,
tambahan dengan Facebook yang menjadi tumpuan semua,
memang tidak salah, tapi aku rasakan, kita jauh ketinggalan.
aku sendiri jauh ketinggalan.
tadi aku tiba-tiba ternampak sesuatu.
aku menangis, sebab apa yang aku nampak,
satu benda yang paling aku sayang dan aku x dapat sarungkan benda tu lagi.
pemberian dari kawan baikku, sehelai tudung/hijab,
yang sangat labuh. aku memang nak pakai semua tu,
tapi bukan mudah nak berubah secara drastik.
ya. aku cuba. aku cuba berubah.
perlahan-lahan.
tapi kalau tidak kena pada gaya, x kena jugak.
jadi malam ni, aku terdetik, dunia hampir kiamat.
sempatkah aku pakai tudung tu?
sempatkah aku kejar harta untuk bekalan akhirat aku?
belum tentu aku dapat pijak atas bumi ini,
esok, lusa, tulat dan bila-bila saja aku boleh hilang dari dunia ni.
aku hanya pinjam semua ni dari Dia yang MAHA ESA.
Allah boleh tarik bila-bila sahaja apa yang aku ada sekarang.
jadi, adakah sempat untuk aku mengubahnya?
ya. bukan mudah. sangat senang untuk kita goyah.
tapi, aku nak cuba jadi yang terbaik.
kesilapan jadikan pengajaran.
belajar dari kesilapan.
learn from mistakes.
semua orang x sempurna.
x pernah lari dari kesilapan.
jadi, usahalah berubah.
ya. aku cuba.
walaupun semua perlukan daya yang kuat, iman yang kukuh.
aku cuba. cukuplah dengan apa yang telah aku lalui sepanjang 18tahun aku di muka bumi ini.
sekarang, lakukan pembaharuan.
biar apa orang nak kata, janji kita tau kita siapa.
belum terlambat untuk berubah.
ya Allah. ampunkan dosa dan khilafku selama ini.
aminnnnn... yarobbal... a'lamin....


hati terus berbicara ; bilakah masanya hijab hijau itu akan ku sarung? dan bilakah masanya dia tersenyum lalu mengucapkan tahniah kepada aku kerana perubahanku? dan adakah selama ini, kekhilafan diri aku sendiri yang menimbulkan semua fitnah sekeliling aku? ya allah, bukakanlah pintu taubat kepada hamba-Mu yang lemah ini. tidak mudah untuk melakukannya, tetapi, doa, usaha, ikthiar dan tawakal yang perlu ada dalam diri. aku cuba. Insya-Allah. aku nak jadi yang terbaik untuk diri aku sendiri. wallahua'lam.

No comments: