Aja's followers :)

Tuesday, January 25, 2011

weekend yang paling bahagia! (:

salam sayang kepada yang sudi membaca blog aku ini.
okay. tanggal 21 JANUARI 2011 (JUMAAT) baru-baru ini, 
aku ke Mersing, ke rumah sape? rumah ibu angkatku, UMI yang comel.
okay, pada mulanya pergi x dirancang pun,
macam last minute jugak aku rasa konfem betul-betul aku akan ke sana.
okay, tiket aku mintak kakak ayu yang comel belikan.
thank you kakak. :) 
<3 you banyak! dan, aku gerak jam dua petang ke sana.
sampai 6.10pm macam tu. kemudian, baru nak turun bus,
aku dah nampak wajah umi dan si gadis comel, ALFIRA NABILA.
comelnya dia. first aku terdetik dalam hati " comel, muka macam arwah Azmi"
dan kemudian, aku salam umi, cium umi, kemudian diikuti Fira. 
Umi dan Fira angkat bag aku, ya ALLAH. susahkan mereka berdua ja.
kemudian, aku menuju ke kereta kancil umi.
ayah ada di dalam kereta, aku salam dengan ayah.
dan, aku terus masuk ke dalam kereta, terus kereta bergerak.
aku pun x tau ke mana, sebab kali pertama aku di sini.
hehe, dan kereta berhenti. umi beli keropok lekor.
aduhai. SEDAPNYA!!!! aku punya fevreto kan keropok lekor, jadi..
sangat gembira bila umi belikan, banyak pulak tu. :D
hee~ thank you, umi. ayah. :) aja x kan lupakan kenangan di situ. :)
<3 family di sana.
dan kemudian, aku ke rumah umi, langkah dialukan dengan salam permulaan ;
"ASSALAMUALAIKUM dan assalamualainawaa'laibadillahissolihin"
kemudian, aku letak bag, dan. x lama lepas tu, acik balik. 
ewahhh~ berkamain malu adik aja yang sorang tu. :)
haha. dia sangat handsome. fira comel, acik handsome. wah! anak umi segak-segak belaka.
hee~ kemudian, goreng keropok dan makan-makan di dapur.
hari pertama semua malu. aku dan umi ja banyak cakap.
ahaks, kemudian, hari kedua, acik dah mula bising, fira pun dah sama-sama "huhaa" dah dengan aku.
hehe, dan, ayah yang paling x disangka. aku tau ayah diam orangnya.
tapi suaranya dah mula didengari. hehe. ;) aku senang sekali.
kemudian, di sana. umi masakkan nasi ayam, sedapnya. :D
sedap sangat-sangat! superb punya sedap! :)
umi marinate ayam dia tu, aduhai. aku nak mintak resepi,
tunggu fira free lah. dia tgh sekolah satgi ganggu nak taip-taip ni.
haaa. gambar? memang aku lupa nak ambik.
dan entah kenapa, mood aku nak shoot yang bagai dah kurang sekarang. :(
dan, maybe bila jumpa family di sana, aku jadi seronok dan lupa semua.
hee~ cuma dekat sana, aku x sihat sikit. malam aku sampai tu.
nasib umi dan ayah bagi aku 'tungku' tu, kurang sikit. 
terima kasih umi dan ayah.
kemudian, berikutnya. kami pi tengok rumah baru umi. :)
cantik. besar. aku tengok setiap bilik. dan aku sayu bila aku sampai di bilik arwah Azmi,
arwah x sempat merasa bilik itu nanti. x apa la, bilik itu kenangan. 
untuk semua, sepanjang aku di sana, macam-macam cerita pasal arwah aku dengar.
sedih, sayu, semua ada. tapi, aku x kan sesekali menangis depan umi,
mungkin hanya bergelinangan air mata ini. tapi, aku tengok umi,
Alhamdulillah. dah kuat! :) so, aku x kan sesekali buat umi sedih.
mungkin bila umi dan ayah ke sekolah acik, aku menatap gambar kenangan arwah di depan.
ya, aku sedih. aku sebak. tapi, semua ini ketentuan Dia yang di atas sana.
bila-bila saja kita boleh pergi. aku redha.
aku bersyukur dapat kenal dengan famili arwah azmi.
mereka sangat baik! entah kenapa, family mama, family umi dan family aku,
 macam banyak persamaan.
aku suka itu. :) mudah beramah mesra sesama sendiri. 
apapun, aku sangat berterima kasih kepada mereka. 
bawak aku ke Air Papan, pantai yang menenangkan hati aku yang lara.
dan terima kasih kerana tiket sumbangan umi dan ayah.
aja mtk maaf, sebab hanya itu yang aja dapat bagi.
tapi yang penting, kasih sayang yang suci, akan abadi di dalam hati ini.
InsyaAllah. aminnnnn........ :)

nota untuk mereka :

umi : umi, mengenali umi, aja sangat bahagia. mukamu penuh keibuan, kasih sayang seorang ibu kepada arwah anaknya, sangat mendalam. aja tau umi rindukan arwah angah. x apa umi, angah sentiasa dengan umi, umi jgn risau. abaikan insan-insan yang cuba menjatuhkan umi. umi kuat! umi kuat! aja yakin itu. semua sentiasa ada dengan umi, ayah ada, adik-adik ada, mama ada, amin ada, aja ada, wan ada, kak farah ada, semua sokong umi. sayang umi. :)

ayah : ayah, terima kasih call aja tadi. aja riang hati ni terus. lepas dapat panggilan ayah. hehe. yela kan, ayah kan diam, dan masa aja dekat sana, walaupun dengar suara ayah, tapi kadang-kadang. tapi, tadi, ayah call aja. aduhai! melompat-lompat aja macam katak kesayangan aja. thank you ayah, insyaALLAH. aja akan ada dengan semua di sana, ayah, kerja baik-baik. aja nampak sesuatu tentang ayah, x apa ayah, ALLAH uji ayah kali ini, ALLAH bagi pelangi untuk ayah kedepan ni, x dak sapa yang tau kan, ayah? :) ayah, jaga diri. terima kasih di atas segalanya.<3 you. :)

fira comel : kamu ni comel tau x? kak aja sayang kamu, kamu kuat study, insyaALLAH. ada satu untuk kamu sayang. :) tolong jagakan umi, ayah dan acik utk kak aja tau. nanti kita jumpa lagi na. sayang fira. <3, study smart. go fira go! nnt kita g lagi air papan, k?

acik hensem : kamu adik, baik-baik. bawak motor hati-hati. setadi kuat! nak SPM sayang.. dan, ingat! kamu anak lelaki harapan family, arwah angah kat sana harapkan kamu acik, kamu boleh! kak aja yakin! :) jadi, jgn sia-siakan harapan semua untuk kamu. yang aktiviti luar, abaikan kejap. focus dalam sekolah dulu na adik sayang. nanti kita jumpa lagi, ingat! MMU. tau? :) <3 kamu, farid. :) jaga diri.

okay, aja harap semua akan jaga diri dengan baiknya. pengalaman di sana x kan dilupakan. sayang kalian. :)

No comments: