Aja's followers :)

Wednesday, February 2, 2011

seharian aku kepenatan

assalamualaikum wbt.
hari ni aku nak spend time kat blog saja.
sebab apa?
aku down gila. x terkata.
FB chatbox aku on kan,
tapi aku biarkan.
betul-betul aku x de mood,
hmmm. okay, seharian hari ni.
aku ke mana?
aku berjalan-jalan.
dengan sapa? haa.
mula-mula jumpa kawan aku di Mid Valley setelah dua tahun x jumpa,
lepas tu, berpecah.
tu pun jumpak sat ja.
sebab ada hal yang x dapat dielakkan. sangat terpaksa.
kemudian, bila dia dah balik.
aku jalan-jalan sorang-sorang.
aku pusing MV tu, sorang-sorang.
x dak keja kan? hmm.
memang aku sorang-sorang.
sebab aku nak lupakan kelaraan ini.
entahlah. sakit semua ada.
hati aku sangat sakit. macam-macam yang jadi,
tiada sapa yang tahu.
kegembiraan aku menutupi semua.
hakikatnya aku sangat sengsara.
aku dah cukup kuat,
tapi mengapa semua ini harus mengalir lagi?
"aja, tolong aja. awak jangan fikir sangat aja."
ya, mudah berkata-kata hatiku, tapi saya tetap merasakan itu.
apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.
ya, tapi saya nak seseorang dengan saya.
Nora Asyikin bte Sabarin. hanya awak diperlukan saat ini.
kite nak peluk kamu kuat-kuat.
kite nak menangis dengan kamu laju-laju.
kite dah x kuat macam ni ekin.
jumaat kite akan ke sana jugak.
:'(
kite lemah ekin.
kite x kuat seperti yang kamu rasa.
mana aja kamu yang dulu? ekin. kite rindu kamu.
kite mengaku banyak yang kite diamkan.
sebab x nak serabutkan kamu.
tapi tadi, semua diluahkan, tapi...
masih ada yang terpendam, hmmm.
syikin, esok kita jumpa ya? 
saya nak peluk awak kuat-kuat.
:(

hmmm. ke mana lagi aku tadi? 
kemana-mana sahaja tanpa arah tuju.
aku ke panggung, tgk movie.
cerita apa?
~HAQ~


sebab apa HAQ? sebab aku nak tau apa cerita dia sebenarnya.
nama macam lagi puaskan hati aku yang geram dan sakit ni.
yela kan, HAQ, mcm HULK.
so, aku pun nak kuat mcm HULK or HAQ.
kebetulan pulak cerita tu ada.
yang aku x sangka, seat ada satu lagi, ngam-ngam satu lg,
seat 08, belakang sekali. nasib baik aku hari ni.
so, dengan langkah aku beli tiket di kaunter,
dan orang tu tanya? aik? sorang ja. 
ya, saya sorang! kenapa? terkejut?
sebab tiada insan yang menemani?
awak, single itu lebih baik, jadi x salah sorang kan?
so, aku memang nak lepaskan tension aku ja hari ni.
tengok sorang-sorang sebelah sang couple.
then aku ke hinode shop,
kemudian ke voir, ke BR,
ke guardian, ke kerusi, ke sana sini.
lama-lama aku rasa nak balik, aku terus balik.
mak pun tahu aku x berapa okay dan down.
mak call suruh balik.
ya. aku kaku selepas dapat mesej tu.
hari aku x bermakna. hilang semua.
lemah longlai diri ini. nak pitam semua ada.
hanya ALLAH yang tahu.
sampai ke stesen KL Sentral,
aku lagi jalan-jalan, tengok heels yang ada.
kemudian, aku pergi platform Pelabuhan Klang,
aku nak balik BJ cepat-cepat.
aku sampai Batu Tiga, aku ambik taxi.
dalam taxi, aku call umi bagitau berita terbaru pasal Mesir.
katanya Syafiq Penang, MAS nak ambik depa. 
so, aku call umi bagitau. harap Syamimi dan Amirah selamat di sana.
:'(
kemudian, talian terputus, kredit aku habis.
tetiba, pakcik teksi tanya aku,
"anak, siapa yang di Mesir?"
aku jawab lah,
"kawan-kawan saya pakcik. yang perempuan yg saya risau"
pakcik tu pun cerita panjang, aku pendekkan ;
"org arab ni jangan main-main, kalau perempuan, maaf pakcik nak cakap,
kena hati-hati. takut depa pecah rumah dan buat yang x patut. awak pun faham kan?
lelaki habis kuat, pukul. perempuan? fikir-fikir sendiri laa."
kemudian, aku pelik, kenapa pakcik ni cerita macam dia tau ja semua di sana.
then aku tanya pakcik tu. pakcik tu bagitau.
"dulu pakcik pernah pi sana, dok Al-Adzhar 5hari, before pi umrah. student sana tolong communicate dgn orang arab. depa kan pandai cakap arab, so, elak la tertipu"
kemudian, aku tanya lagi,
"pakcik ni kerja apa dulu?"
rupanya dia kerja dengan MAS. dah pencen. 
tapi before tu dia polis sat. oh, patutlah.
panjang bercerita, jalan ke rumah jadi sesat.
BJ dah la banyak roundbout, sumpah! aku blur sangat tadi.
dengan keadaan yang x okay.
dah tu, sembang-sembang sampai sesat jalan,
pakcik tu pun hantar aku dengan selamat depan rumah.
lama sembang lagi depan rumah. pasal anak dia pulak.
semua berjaya. doktor engineer. yang last kat UTEM.
Alhamdulillah, semua berjaya. rezeki pakcik itu,
dapat anak yang sukses belaka.
dia pesan macam-macam.
belajar baik-baik semua. insyaALLAH.
saya akan cuba, tapi semua masalah ini sangat mengusutkan saya.
saya nak lari dari masalah ini, so that, semua okay.
:(
siapa x di tempat ini, x akan tahu.
dah lama pendam semua ini. semua x tahu.
di UiTM berlagak ceria, hakikatnya.
aku penat nak menangis lagi.
tapi malam ni? semuanya dah lain.
aku mula menangis deras-deras.
belog oh belog.
:'(
thank you ada dengan saya walaupun saya x dapat ceritakan apa masalah saya.
cukuplah dengan saya ceritakan semua ini.
kurang bebanan saya.
dan bagi pihak yang sentiasa stalk saya di blog selalu.
dan ada yang mengikuti perkembangan saya.
jangan letakkan masalah saya berkaitan dengan diri anda mahupun sekutu dengannya.
tiada kaitan dengan semua itu.
ini hal saya. hati saya. blog saya. 
semua saya punya masalah, saya simpan ketat-ketat dalam hati ini.
terima kasih.
wassalam.

No comments: