Aja's followers :)

Friday, March 18, 2011

google walking. :)

Cinta adalah pintu kepada pemikiran positif, tindakan positif. Cinta yang diniatkan untuk Allah, berpotensi besar untuk berkekalan. Cinta adalah salah satu bentuk ibadah atau lebih tepat lagi, cinta adalah salah satu ibadah sunat. Hidup kita sebenarnya adalah ibadah, kerana kita diciptakan untuk beribadah.

Gunakanlah cinta sebagai salah satu cara untuk Anda berubah kepada fikiran positif. Cinta jadi bahagia bila fikiran Anda dipenuhi tanggapan yang baik-baik, cakapan Anda baik-baik dan perangai Anda baik-baik saja. Mulai hari ini, berusahalah membina fikiran positif melalui cinta, dengan berubah kepada sikap positif.

Kita bukan malaikat. Tapi, kita boleh meniru perangai malaikat supaya perangai kita berubah jadi baik kemudian hidup kita jadi semakin baik, semakin positif. Orang yang bahagia dalam cinta adalah orang yang baik budi pekertinya.

Rugi kalo cinta kita asyik penuh dengan gaduh-gaduh, bermasam muka dan berselisih faham. Mana ada syok bercinta kalo camtu! Cinta sepatutnya membuat kita bahagia, bukan sengsara. Cinta tidak patut dikaitkan dengan sengsara, sepatutnya dikaitan dengan kebahagiaan, keseronokan dan kejayaan.

Jika kita dah putus cinta, tak semestinya ia menghalang kita untuk bercinta sekali lagi seperti dulu. Tak semestinya bila dah pernah gagal bercinta, kita putus harapan nak memburuk kejayaan dalam hidup. Fikiran sebegitu tidak lain adalah bisikan-bisikan negatif yang memesongkan kita dari jalan kejayaan.



p/s : tetiba terjumpa entri hal ini, :) yeaaaahh! positifkan cinta okay? :)