Aja's followers :)

Saturday, May 21, 2011

Ujian. Dugaan. Ketabahan. Kesabaran.

"Have faith in Allah because Allah has planned your life this way because He knows that it is the best for you"

Assalamualaikum wbt. Dah lama Aja x update belog, rindu. Tapi nak buat macam mana, sebab mood berblogging tidak ada. InsyaAllah kali ini, Aja akan menaip sebaik yang mungkin. Okay la, kembali kepada tajuk asal. Dalam kita melangkah seharian dalam hidup kita, Aja yakin semua dari kita banyak hadapi macam-macam ujian, rintangan, halangan dll. Perit sangat kan? Sampai ada jugak yang dah give-up nak teruskan kehidupan. Oh tidak! Jangan macam tu, Sebab? Hmmm. Okay, nampak x tajuk atas tu? Itulah jawapannya. Kita kena kuat, tabah, harungi semua dengan baik sebab, Allah hanya menguji hambaNya yang mampu menanggung ujian itu. Mungkin tidakbaik untuk kita sekarang, tapi siapa tahu kedepan ni menanti kebahagiaan berpanjangan? Biarlah hina di mata Manusia, tetapi indah di mata Allah. Allah x kan bagi kesenangan berpanjangan, pasti ada hikmah di sebalik semua. Jangan melatah dengan kondisi sekarang, tetapi kita harus kuat, tabah menghadapi semuanya. Cakap memang mudah, tapi kita kena cuba sedaya yang mampu. Fighting! InsyaAllah, kalau didahulukan dgn niat yang baik, akan ada pelangi yang indah kedepan ni. Tabah, Sabar. Itu kunci kejayaan. 

"إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط"

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Sekian. Wassalam. 


4 comments:

mad khaz said...

yup,,setuju :)

bersabarlah,nescaya kamu di golongan yang menang XD

~THE ONE WHO LOVES ME FOR WHO I AM~ :) said...

mad khaz : :) thanks for reading. :)

FARYNFARYNA said...

kematangan pemikiran tu penting kan aja ?? btol tak ?? :)

~THE ONE WHO LOVES ME FOR WHO I AM~ :) said...

faryna : yes, penting. :) pengalaman juga membuatkan kita matang. :)