Aja's followers :)

Sunday, July 17, 2011

ayat jiwang abah.

"pertemuan berlaku di penjuru mataku yang ungu lalu membiru, perpisahan berlaku di penjuru dadaku yang sayu lalu terharu." 

Okay. setelah meluahkan segala-galanya, dekat emak abah. Akhirnya, ini ayat terbaik abah. Jiwang sungguh! Hehe, kenapa la abah jiwang sangat? Sebab tu gamaknya kakak ni jadi jiwang dak, abah? HAHA. =.=' x dak kaitan rasanya. Okay, mode serious. Kenapa abah boleh keluarkan ayat ini? Tatkala diri ini menceritakan kisah suka duka gembira lara dahulu kala, abah banyak la memberi aku semangat untuk apa yang bakal jadi kedepan ni. Persediaan, for sure. Aku x boleh terlampau suka dengan apa yang terjadi sekarang. Kerana apa? Bila-bila saja Allah boleh tarik apa yang aku ada. Hmm. Betul kan? Jangan suka sangat, nanti menangis karang. Selalu orang yang lebih tua cakap macam tu. Perasan tak? Okay lah. Apapun, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri aku. Untuk emak abah. Untuk adik-adik. Dan untuk semua. Apa yang bakal terjadi, aku perlulah belajar menerimanya. Semoga aku kuat untuk menerima kenyataan yang bakal menyakitkan. Bakal baru, bukan akan. Kita x pernah tahu, jadi insyaAllah. Semoga ada yang terbaik. Aminnnn... 


p/s : Emak, abah, doakan kakak supaya apa yang kakak hajatkan akan tercapai satu hari nanti. Kakak akan buktikan kali ini, insyaAllah. Kakak sayang emak, abah, adik Wan, adik Nina dan Adik Mie. <3 Terima kasih kerana sudi dengar semuanya. Sayang abah mak adik adik sangat-sangat! :)

Goodbye, Assalamualaikum wbt.

sitihajaraisyahmdradzi, AjaRadzi

No comments: