Aja's followers :)

Sunday, July 24, 2011

dugaan ujian memantapkan.

Assalamualaikum wbt.


Mid term dah tamat. Sepanjang mid term, aku sangat happy duduk rumah. Walaupun ada sedikit masalah keluarga. Tetapi, Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana memberikan aku keluarga yang sangat kental dan kuat semangat. Especially Abah dan Emak. Penyabar. Aku x tahu kalau aku di tempat abah terutamanya. Ketua keluarga yang perlu menjaga dan handle semuanya. Lagi pulak bila ada masalah yang macam tu. Siapa tahan? Kalau aku, entah apa yang aku dah buat. Tapi, aku salute dengan abah. Sangat penyabar dan x kisah apa pandangan orang pun. Mungkin sekarang abah jatuh, mungkin satu hari nanti abah akan berdiri kembali. Siapa tahu? Itu kerja Allah. Aku sebak. Sedih. Tetapi apakan daya? Aku nak ja tolong abah, tapi mana aku nak tolong? Aku x kerja lagi. Dan aku belum pun ada duit nak bantu family aku. Yang ada pun, abah emak yang bankin duit. Aku apa ja yang bagi? :'(  Bila jadi macam ni, baru aku terfikir,  betapa bebannya bila ada masalah yang terlampau banyak. Dulu x terfikir, mana x nya, budak-budak lagi. Hmmm. Bila di takuk ini, baru nak fikir lama-lama. Ya Allah. Semoga engkau berikan kekuatan dekat Abah, Emak dan Adik-adik di sana. Aku hanya mampu berjuang di medan peperangan. InsyaAllah. Semester ini aku akan buat yang terbaik. Balik Mid Term dah banyak menyedarkan aku. Mungkin ini yang akan membuatkan semangat aku untuk bangun dan bantu emak abah kedepan ni. InsyaAllah. Gagal sekali tidak semestinya gagal selama-lamanya. Aku akan terus bangun dan kuat! Pedulikan kata orang, pandangan orang, janji aku tahu siapa aku dan keluarga. Iloveyousomuch, emak, abah, adik wan, adik nina and adik mie. Rindu dah rumah. Puasa nanti jumpa lagi! Doakan kakak minggu depan. Tiga test menanti. :) Here I go, Aja Aja Fighting! :D


p/s : bukan meminta simpati, tetapi meluahkan apa yang ada di hati. Ingat, Allah hanya menguji seseorang itu dengan kemampuannya. Kalau kita x mampu, Allah x kan uji kita. Wallahua'lam. 

No comments: