Aja's followers :)

Friday, December 31, 2010

wanita diibaratkan rama-rama..

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri,anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.





p/s : bila terbaca semua ini, teringat macam-macam rakan-rakan di luar yang telah dinoda, habis hilangnya mahkota diri. ya Allah, engkau lindungilah diri aku dan semua kawan aku, peliharalah mahkota yang satu-satunya kami ada. sedarkanlah rakan-rakan yang lain sebelum mereka terlanjur mengikuti lelaki itu ke bilik dan selepas itu hilang semuanya yang ada. sejahat-jahat wanita itu, peliharalah dari wanita itu keselamatan yang terjamin, jika bersiar-siar dengan teman lelakinya, peliharalah dari ajakan lelaki itu andai kata lelaki itu hendak bersama di sesebuah bilik, dan sebagainya. selagi mahkota kita yang satut-satunya tidak dicemari lelaki, bertuahnya kita. andai diri terasa menuju ke arah mahkota tergadai, fikir-fikirkanlah. hanya diri kita berhak dan tahu mengubahnya. andai ada kesilapan yang lalu bertaubatlah. ubahlah diri anda, sesungguhnya, Allah menerima taubat hanbaNya yang ikhlas. insyaAllah, mari kita belajar dari kesilapan yang lepas. kawan-kawan, tidak salah bercinta, tetapi, jagalah maruah diri yang kita ada. kawal nafsu kita sebelum segalanya hancur. semoga Allah menjaga dan mempelihara maruah kita semua. aminnnnn.... yarobbala'lamin..

3 comments:

shahjiehan said...

ye ke? igtkan wanita ibarat sang bunga, indah di mata...~ harum pula subur mewangi~

LILLUVZ said...

sentiasa baca ayat kursi agar dilindungi Allah dari malapetaka ya adik..

~THE ONE WHO LOVES ME FOR WHO I AM~ :) said...

shahjiehan : memang wanita sebegitu. tetapi, zaman serba moden ni, macam2 kita dgr kan? learn from mistakes, x ckp pmpuan je, lelaki pn ramai. cuma perempuan apa2 akan nampak kan. lelaki tak, walau apapun, perempuan tetap hiasan yang paling indah di dunia. :) seindah hiasan wanita yang solehah. waalahua'lam. :)

kakak : insyaAllah, kakak. tysm. :)