Aja's followers :)

Monday, October 24, 2011

Dulu dan Sekarang.

Assalamualaikum wbt. Hi kalian-kalian yang sekarang tengah menjenguk belog yang lagi bersawang dengan sarang-sarang yang ada ni. Tadi tiba-tiba terdetik, nak update belog lah. Macam jarang sgt dah update belog panjang-panjang pokpek-pokpek macam dahulu kala. Rindu gila nak menaip banyak-banyak tetapi apakan daya, perasaan nak update entah ke mana. Then, tadi tengah makan laksa lemak, terasa nak la buka belog dan taip-taip ni haaa. Okay lah. Entri ni saja nak pokpek pasal dulu dan sekarang. Apa yang dahulu apa yang sekarang? =.=' Jeng jeng jeng. *nak gempak saja sedangkan bukan ada apa-apa pung dok jeng, jeng, jeng pulokkk!*


Okay guys. Kalau dulu, kita mesti zaman budak-budak semua ada yang nakal, skema (nerdy), yang blurry, yang buas semuanya la. Zaman tu tau fikir seronok ja kan? Tanpa fikir apa yang bakal terjadi. Main hentam kromo ja apapun yang kita rasa nak buat. Then, masa kecik-kecik dulu pasti sikit-sikit kita kena cubit ataupun kena marah dengan emak abah kita kan? Buat tak betoi sikit ada saja kena kan? Yang sakitnya kena rotan. Phewww~ Terasa pedih sampai sekarang. *Ceh! Menipu boleh?* Aha, dan ada juga yang kena godam teruk-teruk punya. Disebabkan baran seseorang bapa dan ibu. Boleh ke macam tu? Dan, apa sikit nak buat pasti tak boleh sehingga buat kita memberontak dan mencuba benda yang pelik. Sumpah ini berlaku dekat diri saya sendiri. Memberontak sampai tak fikir apa dah. Kira hentam saja sampai satu detik tersedar. Baru tergadah. Nasib form 2 time tu, masih skema dan fikir parents saja. Kalau tengah syok zaman la ni? Fikir diri dan nafsu saja bahaya ohh! Lucky me la tak terjebak dengan benda bukan-bukan macam sekarang yang dah jadi ini. Baru-baru ni ada news pasal remaja perempuan nak dapat gelaran Ratu X tu kan? Ada baca dak? Teruk kan, sanggup menggadai maruah, hilang dara dan meniduri ramai lelaki sebab nak popular. Publisiti murahan kah itu? Entahlah. Kesian budak-budak ni, senang terpengaruh dan tau ikut nafsu syaitan tu ja. Sanggup hilang mahkota yang ada tu. Kok ya pun, jaga la dara tu, hilang satu susah nak dapat dah dan takkan dapat dah pun. Tapi tak salahkan mereka 100% kerana nak tak nak, ibu bapa lah pola kejayaan dan kemajuan anak-anak. Anak-anak ibaratkan kain putih yang belum dicorak. Ibu bapalah acuan nak bentuk anak-anak dia. Dan pantau anak-anak dia. Ini tak, bila anak cakap sikit dah percaya dan bagi je keluar, then berlakulah seks bebas, buang bayi semua. Astaghfirullah. Harap sangat depa diberi pintu nak bertaubat. Kesian dgn baby tu. Hmmmm. Okay. Then kalau dulu kan kita selalu nak betul ja kan?  Sedangkan masa tu kita salah tak nampak. Yang salah kata betul. Macam mana tu? Tetapi, sebenarnya yang dulu lah membentuk yang sekarang.


Yang sekarang pulak, okay bila dah jadi semua tu, kita pun terfikir sejenak. Kenapa dulu aku macam tu? Kenapa dulu fikir seronok saja? Rupanya dulu tu la nak ajar kita erti kehidupan. Hidup pasti ada pahit manis, masam masin. Tidak tak nama kehidupan, cuma sekarang kita diberi pengajaran oleh masa dulu. Kalau dulu nakal gila, tapi bila dah jadi apa-apa kes, baru la nak berubah. Dan perubahan itulah yang memberi kebaikan untuk kita tanpa kita sedar. Mana ada orang lahir-lahir perfect terus. Dan takdenye orang sempurna 100%, pasti ada jugak silap tang mana-mana. Kesakitan tu yang ajar kita untuk berdiri atas kaki sendiri. Pukulan tu la yang mengajar kita apa yang baik dan salah. Beruntunglah mempunyai emak dan abah yang garang ataupun tegas kerana depa lah yang membentuk kita. Dalam diam depa sayang kita cumanya nak ajar kita supaya jadi manusia. Itu ja. Mula-mula mesti blame emak abah punya, tau pukul rotan saja. Tapi depa buat ada sebab yang kita sendiri akan sedar apabila jadi emak abah mama papa umi abi nanti kedepan ni. That time, baru nak "OHH! Patutlah!" Haa. So, jangan menangis kerana apa yang berlaku dahulu mungkin silap yang besar bagi diri kita tetapi jangan sesal, itulah pengajaran hidup untuk kita semua. Kita hanya manusia kerdil yang sentiasa buat silap jadi berubahlah perlahan-lahan. Masih ada waktu sebelum terlambat. Tang mana yang buruk dulu tu, bagilah jadi yang indah sekarang. Kita boleh! Yakin dengan Allah, insyaAllah semuanya akan baik-baik saja. Doakan yang terbaik pasti dapat yang terbaik. Sama-sama kita berdoa yang terbaik untuk kita semua. :') Mudah-mudahan. Aminnnnnnn.


"Jika mahu mengenal diri kita, lihatlah pada sahabat kita"

"Jangan sesali apa yang pernah kita lalui kerana pasti ada manisnya hari ini"


"Jangan pernah perlekeh atau perkecilkan orang lain hatta dia berzina atau melakukan dosa besar yang paling dahsyat sekalipun kerana tidak mustahil kita menjadi seperti dia walaupun kini kita adalah seseorang yang soleh atau solehah"


Wallahua'lam.


p/s : daku juga tidak sempurna, pernah melakukan kesilapan sehingga harini, tetapi panjatkan doa muga Allah sentiasa mengampuni segala kekhilafan diri ini. Insyaallah. Aminnn. Yarobbala'lamin.




With Love- SHA




No comments: