Aja's followers :)

Saturday, December 25, 2010

~SAYA BLOGGER PULAU PINANG~

Assalamualaikum w.b.t, kepada semua yang tengah membaca entry aja untuk kali ini, (:
okay lah. tadi aja saja la kan pi dekat belog 'saya punya ex-roomate' sapa lagi kalau bukan....... 
chill lah akak, haha.
okaylah. sebenarnya aku dapat tau ada contest untuk kategori sahabat blogger mengikut negeri.
terasa dengan berbesar hati aku nak join BPM. x tau la pasai apa, :D
sapa-sapa yang terasa nak join kan, pi dekat LINK ni. (: Ty.
sebelum tu kan, nak bagitau semua yang baca ni, aku anak Penang.
tapi aku dok tiga tempat, 
1. Segamat, Johor. (ini tempat aku study)
2. Shah Alam (rumah aku di sini)
3. Pulau Pinang (rumah aku jugak di sini)
jadi, berapa tempat pun, aku rasakan yang paling aku sayang dan suka di tempat 'tanah tumpahnya darahku' iaitu PULAU PINANG PULAU MUTIARA. (:
dan selama-lamanya aku akan suka duduk di sana. :D
jadi, aku boleh pilih di mana aku nak duduk bila-bila ja, 
kalau nak balik Shah Alam pun boleh, balik Penang pun boleh.
So, duadua aku balik. (:
okay, pertama sekali nama diberi Siti Hajar Aisyah bt Md Radzi.
dilahirkan pada 12NOVEMBER 1992.
nombor kad pengenalan perlukah? x kot kan, tapi aku bersiri -07- melambangkan aku memang orang Penang, tapi bukan anak mami okay? :)
penat dah menaip, tapi ada lagi yang perlu aku taip ni, :)
tapi kan, aku nak letak gambar aku sikit lah. 
asyik cakap pasal nama aku ja, tapi ada yg baca satgi x tau aku yang mana.
:::::THIS IS ME:::::

NAMA MANJA ATAU GLAMOUR ;
nama manja saya : sha. (hanya org yang teristimewa di hati ja panggil)
nama glamour : aja. (kawan-kawan panggil saya ini)
nama blogspot : hajaraisyah. (nama betul saya)

STATUS ;
saya tidak mempunyai suami, anak, cucu, cicit dan sebagainya.
itu bermakna saya belum berkahwin. :P
"SINGLE BUT NOT AVAILABLE"
~FULLSTOP!~

CARA HUBUNGI AJA ;
saya ada FB yang diberi nama Siti Hajar Aisyah Radzi (Aja Radzi)
atau pun, boleh guna email ini, ajaeca_5848@yahoo.com.
twitter pun ada, tapi saya tidak aktif.
sorry. melainkan FB je la. Ty BPM! (:

DAERAH/JAJAHAN ;
saya ambik Pulau Pinang ye BPM. (:
:Kepala Batas, Pulau Pinang:

TEMPAT TINGGAL ;
saya tinggal di sebuah kampung yang sangat permai.
tenang dikelilingi sawah padi. (:
iaitu Kampung Permatang Rambai, Penaga.
tapi orang cakap saya duduk Penaga,
silap tu, saya bukan budak Penaga,
cuma sekolah di situ dahulu.
Penaga, Penaga lah. saya budak Pmtg Rambai.
Terima Kasih. (:

APA YANG MENARIK DI SITU ;
macam-macam ada. kalau nak shopping, boleh pi :
Kompleks Dato' Kailan Kepala Batas.
Telok Air Tawar AKA TAT (banyak kedai-kedai situ)
Megamall Penang (xjauh.dalam 15minit saja)
Queensbay Mall ( boleh la, tapi x la dekat dgn kampung saya)
DLL.(nak list banyak, ambik yang patot ja naa)
kalau nak release tension, boleh pi :
bendang di depan rumah. :P
ada pantai, dekat TAT. nama dia Telok Molek.(niat mau betoi kalau pi naa)
ada lagi RnR, dekat Bagan. aku x penah pi, tapi kawan2 selalu.
*al-maklumlah jarang keluaq sangat lepak. kalau MALL ka, selalu lah. (:

okay lah. last sekali, ada gambar raya aku, dkt kampung aku. ten..den... 
*rumah yang dipenuhi sanak-saudara tika takbir raya bergema. (:
*di luar rumah, npk best je kan? bendang di belakang sebelah kanan. :( nanti kalau ada masa aku update pasal kampung Pmtg Rambai.

p/s : acteli banyak gambar, cuma berokband aja suka bt hal. :( lambat sgt2. sorry. :( nanti gambar yang lain bakal dipaparkan bila saya rasa saya tidak sibuk. sekarang aja kena tunggu Isnin ni untuk bagi link dkt BPM. yeahhh! :D wish me luck! ;)

s e k i a n

4 comments:

Adam 'Amar said...

opss...terjumpa org kb kat sini..hihihi~

efa said...

waah...blogger ni org penang sama la kita...

sitihajaraisyahmdradzi said...

hihi, kebetulan kann??

efa : penang ktna? :) aja penang tp stay shah alam. :)

Zayani Zulkiffli said...

kita sama² blogger penang :)