Assalamualaikum wbt. Entri kalini untuk seorang yang bernama sahabat buat Amir Hakimi dan aku sendiri. Mungkin dia dah tak boleh baca apa yang aku tulis, tapi aku harap dia tau yang kawan-kawan dia, apatah lagi keluarga dia, sangat rasa kehilangan dan sedih atas pemergian Illham Ellani. Masih aku ingat, wajah Lan malam yang aku jumpa dia dulu. Masa tu zaman sekolah lagi. Aku Tingkatan Lima dan mereka pulak tengah belajar dekat Intec untuk persediaan pi sana. Masa tu tengah cuti depa kot, dan depa mai jalan Penang. Yang ada time tu, Amir, Keri, Lan dan sorang lagi, Sadis x salah aku. Malam tu abah ada buat ayam panggang, depa semua suka dan pulon makan. Dan Lan la paling bersemangat suka ayam panggang tu. Pernah dia tanya abah resepi time tu jugak. Rupanya dia memang minat masak. Dan baru-baru ni dia balik cuti Riot kot, atau semester break entah, dia ada cakap dia dkt Shah Alam, nak jumpa abah dan nak makan ayam panggang tu lagi. Tapi masa tu seingat aku, abah tak dak dekat Shah Alam. Outstation. Ada demo ka apa entah. Hmmmm. Dan kelmarin dulu, Amir bagitau aku pasal Lan, terus aku sebak. Ya Allah, Lan. Kesiannya dia. Tak sempat dia nak jumpa abah dan ambik resepi tu. :'( Maaf Lan, Aja ralat sebenarnya. Lan selalu akan sentuh pasal tu kalau chat Aja dulu kan? Seingat Aja last aja contact Lan masa MAHA, time tu Lan banyak nasihatkan Aja, pasal hubungan Aja dan Amir, pasal fitnah yang melanda, pasal diri aja sendiri. Terima kasih Lan. Aja akan sabar dan terus sabar dengan ujian yang bakal mendatang. Mungkin hari ini hari buruk Aja, tapi yang pasti, Aja akan terus ingat kata-kata Lan. Lan, semoga Lan tenang dekat sana. Maafkan aja sebab baru semalam lepas Aja tau Lan dah pergi tinggalkan kiteorang, baru aja approve friend request Lan, sebab fb aja yang baru, untuk sahabat perempuan dan saudara-mara je. Aja dah lama x tau khabar Lan, sebab fb lama aja dah deactivated. Dan tup tup, Amir chat Aja bagitau semua ni. Lan, aja terkejut sampai sekarang. Lan sihat walafiat dan tiba-tiba ja dah tak dak dari keluarga, Amir, kawan-kawan yang lain semua. Pasti kami semua akan ingat dan rindukan Lan. Especially your family members, and geng MTD dulu. Lan, kawan-kawan Lan yang lain akan teruskan perjuangan depa, pasti depa akan selalu ingat Lan. Tetambah yang di Jordan. Yang di Mesir hanya mampu mendoakan Lan dari jauh. Amir x sempat fly ke Jordan nak tengok Lan. Dia sedih, Lan. Tapi life must go on kan? InsyaAllah kami yang ada di sini, akan selalu doakan Lan. May you be blessed.
pesanan buat Amir : Awak, be strong! Sha yakin awak boleh! Macam awak cakap tadi, life have to go on. Sama-sama kita doakan Lan ya. Nanti ziarah pusara dia masa balik Malaysia. Teruskan perjuangan dan banggakan Lan sebab dia x sempat habiskan semuanya. Chaiyok! Aja Aja! :D
p/s : Salam takziah buat keluarga dan sahabat terdekat Allahyarham Mohd Illham Ellani bin Jamal. Semoga roh beliau ditempatkan di tempat orang yang soleh dan beriman. Arwah meninggal disebabkan leukemia, yang baru disedari 6 hari lepas. Arwah merupakan pelajar Perubatan Tahun 3 dekat Jordan University Science & Tech. Semoga arwah tenang di sana. :') Al-Fatihah.
KEMATIAN BOLEH DATANG BILA-BILA MASA SAHAJA.
No comments:
Post a Comment